Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/16/2025
Pemilik anjing Rottweiler dikenakan hukuman denda RM8,500 oleh Mahkamah Majistret Baling selepas mengaku salah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil pada hari raya kedua lalu.
Transcript
00:00Pemilik anjing Rottweiler dikenakan hukuman denda RM8,500 oleh Mahkamah Magistrat Baling selepas mengaku salah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil pada hari raya kedua lalu.
00:16Hakim Najwa Cikmat menjatuhkan hukuman itu iaitu sebanyak RM1,700 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh Chong Shen Chong yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
00:31Berdasarkan pertuduhan pertama tertuduh dengan cuai membiarkan anjing peliharaan menyerang mangsa Khadijah Abdullah yang berusia 66 tahun sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian lebih kurang 4.45 pagi dalam kawasan perumahan Taman Desa Bidara 1 April lalu.
00:49Manakala pertuduhan kedua tertuduh didakwa dengan cuai membiarkan anjing yang sama menyebabkan kecederaan ke atas warga negara Mesir Ahmad Abdul Tawad Mustafa pada jam lebih kurang 6 pagi di satu kawasan lain di Taman Berkenaan pada hari yang sama.
01:06Bagi pertuduhan seterusnya tertuduh dengan cuai membiarkan anjing terbabit menyebabkan kecederaan ke atas Ashida Nizam Ahmad pada jam 6.40 pagi di lokasi berbeza di Taman Berkenaan.
01:17Seterusnya tertuduh didakwa cuai membiarkan anjing peliharaannya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas Sheikh Pir Muhammad Maidin dan Goh Bing Haq pada jam 7 pagi di Medan Selera dalam Taman Berkenaan pada hari yang sama.
01:33Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 289 Kanun Kesiksaan.

Recommended