Model baharu penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berasaskan merit akademik bagi program Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) diperkenalkan kerajaan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan memperkenalkan model baharu penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam JPA berasaskan Merit Akademik bagi program latihan sebelum perkhidmatan atau LSP.
00:10Menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, JPA memaklumkan model baharu itu akan menggantikan pinjaman boleh ubah PBU 2016 yang berasaskan Merit Tempat Berkhidmat kepada Pinjaman Boleh Ubah berasaskan Merit Akademik atau PBU Akademik berkuatkuasa 1 Jun ini.
00:27Melalui model baharu itu, pelajar tajaan JPA kecuali bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman berdasarkan pencapaian akademik.
00:39Pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi pula akan mendapat pengecualian penuh bayaran balik pinjaman sekiranya tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi ikatan kontrak berkhidmat dengan kerajaan.
00:50Kata JPA lagi, PBU Akademik akan digunapakai kepada semua pelajar tajaan baharu mulai 1 Jun 2025 kecuali penerima derma siswa.
01:00Bagi pelajar sedia ada di bawah model PBU 2016, pilihan penukaran ke PBU Akademik akan dibuka secara berperingkat mulai 1 Januari depan.
01:09Bagi pelajar PBU 2016 yang telah menamatkan pengajian dan kini sedang membuat pembayaran balik pinjaman, diminta menghentikan bayaran bermula 1 Jun sehingga penukaran pilihan dibuka.