Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sebahagian besar Semenanjung Iberia lumpuh selepas gangguan bekalan elektrik besar-besaran pada Isnin (28 April), memaksa Sepanyol dan Portugal mengisytiharkan darurat nasional. Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata lebih 35,000 penumpang tren telah dibantu sementara siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca gangguan yang jarang berlaku itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa Sepanyol dan Portugal masih berusaha mengenalpasti punca gangguan bekalan elektrik mega pada Ismin yang melumpuhkan hampir seluruh semenanjung Iberia.
00:10Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan berhubung punca insiden tersebut yang menyebabkan pengangkutan awam, operasi penerbangan dan serta beberapa hospital terpaksa menghentikan operasi rutin.
00:22Menurut Sanchez dalam satu pernyataan, masalah utama melibatkan tren REMF, ADIF dan UUME iaitu Unit Ketenteraan Kecemasan.
00:31Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera kerana membantu lebih 35,000 penumpang yang terperangkap di lebih 100 tren.
00:39Gangguan yang bermula sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan itu membawa kepada pengisytiharaan darurat nasional oleh Kementerian Dalam Negeri Sepanyol dengan mesyuarat Kabinet Kecemasan terus diadakan di kedua negara.
00:51Bekalan elektrik mula dipulihkan secara berperingkat lewat petang insiden namun pihak berkuasa menegaskan siasata lanjut sedang dijalankan memandangkan kejadian gangguan berskala besar sebegitu amat jarang berlaku di Eropah.

Recommended