Ribuan mangsa masih berlindung di khemah-khemah sementara, selepas genap sebulan Myanmar dilanda gempa bumi paling dahsyat dalam lebih satu abad, yang sehingga kini mengalibatkan hampir 4,000 orang terkorban.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Selepas genap sebulan Myanmar dilanda gempa bumi paling dasyat dalam lebih satu abad, ribuan mangsa masih berlindung di kemah-kemah sementara.
00:08Di beberapa lokasi di negara itu, gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter merupakan gegaran terkuat di Myanmar sejak tahun 1912 sehingga mengorbankan hampir 3,800 orang.
00:20Kemusnahan paling teruk tertumpu di Bandar Kedua Terpadat, Mandalay, di bangunan kediaman, restoran hotel dan rumah ibadat musnah atau rosak teruk.
00:31Dengan puluhan ribu orang masih tiada tempat tinggal menjelang musim monsoon, agensi bantuan memberi amaran mengenai cabaran besar yang dijangka menyusul.
00:40Ketua Persekutuan Palang Merah Antarabangsa IFRC Myanmar, Nadia Khouri berkata, orang ramai amat bimbang dengan apa yang akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang.
00:49Ini kerana mereka bukan hanya terhimpit dengan impak bencana, Myanmar juga berdepan dengan serangan ketenteraan yang berlarutan meskipun terdapat gencatan senjata.
00:59Junta yang mencetuskan Perang Saudara selepas rampasan kuasa 2021 mengisytiharkan gencatan senjata untuk mempercepatkan usaha bantuan bermula 2 April lalu.
01:08Namun, pemantau dari Pusat Ketahanan Maklumat yang berpengkalan di Britain mencatatkan 65 serangan udara oleh Junta.
01:15Penduduk mendakwa serangan pada Rabu lalu mengorbankan 5 nyawa dan mencederakan 8 yang lain di sebuah kampung di pinggir bandar Tabayin.
01:23Di timur Myanmar, penduduk melaporkan mereka terpaksa meninggalkan rumah akibat serangan kumpulan bersenjata yang cuba merampas bandar di laluan perdagangan menguntungkan ke Thailand semasa gencatan senjata berlangsung.
01:34Selepas 4 tahun konflik, separuh daripada populasi hidup dalam kemiskinan dan 3.5 juta orang dipindahkan sebelum gempa tersebut.
01:45Terima kasih telah menonton!