Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengumumkan gencatan senjata sementara dalam peperangan di Ukraine yang akan bermula pada pagi 8 Mei sehingga 11 Mei, iaitu sempena sambutan kemenangan menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan genjatan senjata sementara dalam peperangan di Ukraine yang sudah berpanjangan lebih tiga tahun.
00:07Kremlin maklumkan genjatan senjata itu akan bermula pada pagi 8 Mei sehingga 11 Mei iaitu sempena sambutan kemenangan menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua.
00:18Sebagai respon, Menteri Luar Ukraine Andriy Shibihar menggesa genjatan senjata segera dilaksanakan dan berlangsung sekurang-kurangnya 30 hari.
00:26Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sedang berusaha menjadi orang tengah untuk merundingkan perdamaian antara kedua-dua pihak menyatakan beliau mahu melihat genjatan senjata kekal dan bukannya genjatan sementara.
00:40Kremlin sebelum ini turut mengumumkan genjatan senjata selama 30 jam semasa sambutan Easter namun walaupun kedua-dua pihak melaporkan pengurangan pertempuran mereka saling menuduh antara satu sama lain melakukan ratusan pelanggaran.
00:51Lebih daripada 20 perjumpaan genjatan senjata telah diadakan di Ukraine, kesemuanya akhirnya gagal malah ada yang gagal dalam beberapa minit selepas dikuatkuasakan.
01:01Genjatan senjata yang terbaru semasa sambutan Easter adalah sangat terhad dan hanya mengakibatkan sedikit pengurangan dalam pertempuran dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian tersebut.
01:11Dalam satu kenyataan, Kremlin berkata genjatan diisytihar atas dasar kemanusiaan.
01:16Pengurangan ini dibuat selepas Trump menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap serangan berterusan Rusia ke atas Ukraine.
01:22Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022 dan kini menguasai kira-kira 20% daripada wilayah Ukraine termasuk semenanjung Crimea yang dikuasai Moskow pada 2014.
01:33Dianggarkan ratusan ribu orang, majoritinya tentera Rusia dan Ukraine terbunuh atau cedera sejak perang bermula.

Recommended