Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sebanyak 7,648 unit kamera badan (BWC) telah diagihkan kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara. Penggunaan BWC diberi keutamaan kepada unit-unit tertentu untuk meningkatkan tatakelola dan penugasan rondaan pencegahan jenayah.
Transcript
00:00Sebanyak 7,648 unit kamera badan BWC diagihkan sepenuhnya bagi kegunaan pegawai dan anggota polis diraja Malaysia di lapangan di seluruh negara bulan lalu.
00:12Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abdul Manan berkata, penggunaan BWC dimulakan secara berperingkat sejak 7 Oktober lepas.
00:21Katanya keutamaan diberi kepada unit kereta peronda, unit rondaan bermotosikal daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Grafik.
00:35Jelasnya lagi BWC ditempatkan di 157,000 pejabat polis daerah IPD serta 640 balai polis di seluruh kontingen.
00:43Selain itu, PDRM akan mengumumkakan permohonan penambahan sebanyak 10,000 unit lagi melalui Ruling Plan Kedua Rancangan Malaysia ke-13 tahun depan.
00:54Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke IPD Besut pada Isnin.
00:58Sahabudin berkata penggunaan BWC bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan penugasan pihak polis yang semakin mencabar.
01:05Tambahnya penggunaan kamera badan itu juga meningkatkan tata kelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota.

Recommended