Gangguan bekalan elektrik luar biasa melanda Sepanyol dan Portugal pada 28 April, menyebabkan penerbangan dibatalkan, tren tergendala, dan pembelian panik berlaku. Penduduk dan pelancong terperangkap ketika pihak berkuasa berusaha memulihkan bekalan kepada jutaan kediaman dan premis perniagaan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dalam pada itu, gangguan bekalan elektrik besar-besaran yang melanda Sepanyol dan Portugal bukan saja melumpuhkan operasi penerbangan dan pengangkutan awam, malah menyebabkan pembelian panik serta usaha tergesa-gesa memulihkan bekalan di jutaan kediaman dan primis perniagaan.
00:15Di Valencia, misalnya penumpang yang terkandas kelihatan duduk di lantai stesen kereta api sambil menunggu notis pembatalan perkhidmatan. Pelancong yang menjadi saksi berkata keadaan menjadi kecoh apabila telefon bimbit mereka gagal berfungsi, lampu hotel terpadam dan trafik bandar lumpuh.
00:31Insiden gangguan elektrik berskala besar sebegini amat jarang berlaku di Eropah. Sebelum ini, gangguan besar pernah direkodkan pada 2003 apabila masalah pada talian hidroelektrik antara Itali dan Switzerland menyebabkan seluruh semenanjung Itali terputus bekalan elektrik selama kira-kira 12 jam.
00:49Pada 2006 pula, sistem kuasa yang terlebih beban di Jerman mengakibatkan gangguan bekalan merentasi sebagian negara itu serta Perancis, Itali, Spanyol, Austria, Belgium, Belanda dan sejauh Maghribi.