Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun dilaporkan hilang di Ipoh sejak 21 April lalu.

Susulan itu, polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja tersebut.
Transcript
00:00Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 21 April.
00:07Remaja itu kali terakhir dilihat di hadapan bangunan Majlis Sukan Negeri Perak, MSN.
00:13Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,
00:17laporan kehilangan Nur Darwishah Aina Muhammad Farid dibuat papanya pada 9.46 pagi hari sama di Balai Polis Sungai Senam.
00:24Katanya bapa remaja itu menyedari kehilangan tersebut kira-kira 6.30 petang 20 April.
00:32Ketika itu pengadu mahu mengambil anaknya selepas tamat sesi latihan Sukan Judo di MSN Perak.
00:39Siasatan awal mendapati pengadu menghantar anaknya ke asrama Sukan MSN bagi tujuan latihan dan perlu menjalani latihan selama 2 hari dari 18 hingga 20 April.
00:49Abang Zainal Abidin berkata pengadu telah mencari di sekitar Ipoh.
00:52Namun gagal menemukan anak perempuannya dan memaklumkan remaja terbabit mempunyai ciri fizikal iaitu berkulit cerah dan berkaca mata.
01:01Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke Balai Polis Berhampiran
01:05atau hubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Ipoh di talian tertera.
01:10Terima kasih telah menonton!
01:12Terima kasih telah menonton!

Recommended