Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Berikutan tentera Rusia terus angresif melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Ukraine yang menyaksikan semakin banyak rakyat negara itu terkorban, selain kemusnahan besar, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini mula meragui ama ada rakan sejawatnya, Vladimir Putin benar-benar mahu mengakhiri perang di Ukraine atau sebaliknya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kini meragui sama ada rakan sejawatnya Vladimir Putin benar-benar mahu mengakhiri perang di Ukraine atau sebaliknya.
00:08Hal ini berikutan tentera Rusia terus agresif melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Ukraine menyaksikan semakin banyak rakyat negara itu terkorban selain menyebabkan kemusnahan besar.
00:21Beliau turut berkongsi bahawa pertemuan di Vatikan bersama Presiden Ukraine Vladimir Zelensky berjalan dengan sangat baik.
00:27namun beliau kecewa apabila peluru berpandu dan drone yang dilancarkan Rusia terus-menerus memakan korban orang awam.
00:57Trump menegaskan Putin perlu menunjukkan komitmen untuk menamatkan konflik tersebut.
01:06Katanya Putin perlu mengarahkan pasukan tenteranya supaya menghentikan serangan, duduk berbincang dan tanda tangani perjanjian tamatkan perang.
01:13Perang ke atas Ukraine sudah berlanjutan lebih tiga tahun sejak dilancarkan pada 24 Februari 2022 sehingga kini ia semakin menunjukkan tanda-tanda akan berakhir apabila beberapa siri rundingan diadakan bagi tujuan menamatkan perang di Ukraine.

Recommended