Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Semua ahli PKR diingatkan oleh JPP untuk mengemukakan aduan berkaitan Pemilihan PKR 2025 hanya melalui saluran rasmi bagi membolehkan siasatan dan tindakan dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua anggota parti sekali lagi dinasihatkan supaya membuat aduan berkaitan salah laku dalam pemilihan PKR 2025 hanya melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
00:12Pengurusi jawatan kuasa pemilihan parti JPP PKR, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menjelaskan setiap aduan yang dikemukakan akan diteliti oleh jawatan kuasa bantahan dan aduan JPP 2025.
00:24Tegasnya hanya aduan dan bantahan rasmi yang disertakan bukti akan membolehkan pihak JPP mengambil tindakan sewajarnya kerana aduan tanpa bukti tidak boleh diteliti.
00:35Zaliha mengulas tindakan beberapa calon yang menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan parti.
00:43Pada 26 Januari lalu, Setiausaha Agung PKR Dr. Fuzia Saleh memaklumkan pemilihan jawatan di peringkat cabang, wanita cabang dan AMK cabang akan diadakan dari 11 hingga 20 April.
00:55Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat sesi 2025-2028 dijadualkan berlangsung pada 24 Mei depan.
01:13Terima kasih telah menonton!

Recommended