Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan peranan media penting dalam membina kefahaman, memupuk perpaduan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap Kerajaan MADANI.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Warga media merupakan rakan strategi kerajaan yang berperanan membina kefahaman, memupuk perpaduan serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju dan tindakan kerajaan madani.
00:10Menteri Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menyatakan, dalam dunia yang semakin kompleks dengan maklumat tanpa sempadan serta persaingan dalam ruang maya dan nyata, peranan media menjadi semakin penting.
00:23Beliau menjelaskan setiap laporan, tulisan atau siaran di mana-mana platform akan membentuk persepsi rakyat terhadap dasar serta agenda yang dibawa oleh kerajaan.
00:36Zaliha menekaskan warga media tidak harus dilihat sebagai pihak ketiga yang hanya memerhati, sebaliknya mereka memainkan peranan penting, membina kefahaman dan memperkukuh perpaduan rakyat.
00:47Mengambil contoh usaha melestarikan Kuala Lumpur menerusi warisan KL, membangunkan Labuan sebagai pulau pintar dan memperkasa Putrajaya sebagai bandar pintar,
00:58beliau menyatakan kefahaman rakyat terhadap inisiatif ini sangat bergantung kepada bagaimana ia dikarap dan disampaikan media.
01:05Zaliha turut menekaskan sebarang penyebaran maklumat salah dan palsu mampu mengalihkan relatif sebenar serta mencetus kekeliruan dalam kalangan rakyat.
01:14Beliau memberi contoh bagaimana dalam era teknologi kecerdasan buatan AI, ada pihak yang termakan sentimen bahawa orang Melayu dipinggirkan dalam proses pembangunan atau pembaharuan bandar.
01:25Zaliha turut berharap agar rakyat media dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu legasi termasuk pembangunan semula di Kampung Sungai Baru dan Pasar Datuk Keramat.