Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Jemaah haji Malaysia dinasihatkan mematuhi peraturan had muatan bagasi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Pengurus Terminal Madinah, Muhammad Fairus Ahmad Aripin, menekankan pentingnya mengikuti spesifikasi bagasi dan tidak membawa barangan terlarang untuk mengelakkan kesulitan semasa daftar masuk.
Transcript
00:00Jemaah Haji Malaysia dinasihatkan supaya mematuhi peraturan had muatan bagasi ditetapkan syarikat penerbangan sebelum berlepas ke Tanah Suci.
00:09Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses daftar masuk di lapangan terbang dan pengurus terminal Madinah Mahmud Fairus Ahmad Arifin berkata,
00:18setiap jemaah hanya dibenarkan membawa bagasi mengikut spesifikasi ditetapkan termasuk berat maksimum serta tidak membawa barangan berbahaya dan terlarang.
00:30Katanya ini termasuk pengelcas mudah alih atau powerbank di mana jemaah diingatkan untuk tidak meletakkannya dalam bagasi yang didaftar masuk.
00:39Antara lain ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang atau dadah berbahaya tanpa pengesahan perubatan.
00:44Ini kerana ia boleh mengundang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
00:49Ujannya pematuhan terhadap peraturan ini amat penting bagi menjamin keselamatan penerbangan dan mengelakkan kelewatan atau masalah sewaktu daftar masuk.
00:57Selain itu, Mahmud Fairus turut mengingatkan jemaah untuk memastikan semua beg bagasi yang dibawa ke Tanah Suci diletakkan tanda pengenalan mengandungi maklumat peribadi.
01:07Ini bagi memastikan jemaah tidak berdepan masalah termasuk kehilangan selain tertukar bagasi dengan jemaah lain.
01:13Terima kasih kerana menonton!

Recommended