Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sebanyak 39 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sarawak dipilih sebagai KRT Progresif, dengan peruntukan sehingga RM100,000 setahun untuk program dalam lapan bidang utama.
Transcript
00:00Sejumlah 39 kawasan rukun tetangga KRT telah dipilih untuk dijadikan sebagai KRT progresif negeri Sarawak pada tahun ini.
00:08Setiap KRT progresif boleh memohon perutukan tidak melebihi RM100,000 setahun bagi mencuburi program meliputi 8 bidang yang digariskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN.
00:20Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Agodagang menyuruh KRT di Sarawak untuk terus aktif dan berharap kesemua KRT di negeri itu dinaik taraf menjadi KRT progresif suatu hari nanti.
00:33Katanya KRT progresif akan menumpukan kepada 8 bidang iaitu ekonomi sara hidup, keselamatan ketahanan komuniti, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisah budaya dan daya cipta.
00:48Beliau berkata setakat ini terdapat 8,554 KRT di seluruh negara dengan 1,092 daripadanya di Sarawak.
00:57Sebelum ini, media melaporkan JPNIN menyasarkan 300 KRT untuk dimodernkan serta dinaik taraf sebagai KRT progresif.
01:06Sementara itu, KPN dalam penyataan memaklumkan sejumlah RM302,775 diperuntukkan kepada 5 tabika perpaduan di Sarawak bagi kerja-kerja penambahbaikan yang dapat memanfaatkan pelajar.
01:18Tabika terlibat ialah Tabika Perpaduan RPR Permijaya Miri, Tabika Perpaduan Ong Tiang Sui dan Tabika Perpaduan Siul Kandis Kucheng, Tabika Perpaduan Sungai Plan Bintulu serta Tabika Perpaduan Kampung Pahlawan Limbang.
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended