Dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, Presiden Maldives akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama dua hala. Lawatan ini juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman dalam pelbagai sektor penting.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Maldives Dr. Muhammad Mu'izu tiba di Malaysia pada ahad sempena lawatan rasmi 4 hari.
00:06Mu'izu diiringi anggota Menteri Kabinet Maldives dan pegawai kanan kerajaan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 5.31 minit petang.
00:17Beliau dan rombongan disambut Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr. Zulkifir Ahmad.
00:20Mu'izu turut memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Ranger Diraja Infantri Istiadat di Kompleks Bunga Raya.
00:31Ini merupakan lawatan pertama Mu'izu ke Malaysia sejak menjadi Presiden pada November 2023 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:40Menurut Wisma Putra, Mu'izu akan diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok diikuti mesyuarat dua hala bersama Anwar.
00:46Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala serta peluang kerjasama antara Malaysia dan Maldives, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, serta belia dan sukan.
01:01Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis pertukaran tiga memorandum persefahaman.
01:05Pada selasa, Mu'izu akan dikurniakan ijazah kehormat Dr. Falsafah dalam kepimpinan Islam dan pembangunan madani oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, yang disempurnakan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selaku Ketua Perlembagaan UIAM.
01:24Mu'izu juga akan menyampaikan syarahan umum bertajuk The Intellectual Renaissance, Unveiling the Scientific and Modern Development of Islamic Civilization.
01:30Terima kasih kerana menonton!