Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
00:14Tegasnya Malaysia sama sekali tidak bersetuju dengan tarif yang mahu dikenakan Amerika Syarikat memandangkan keputusan mengenainya ditetapkan secara bersendirian oleh negara itu.
00:25Bagaimanapun katanya hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan Amerika Syarikat perlu kekal sederhana dalam memastikan penyelesaian dapat dicapai, membabitkan isu tarif timbal balik berkenaan.
00:39Kita perlu ditanya, apakah kita setuju dengan tarif? Kita tidak setuju.
00:44Malaysia adalah negara-negara. Tidak ada negara yang harus menetapkan kadar sewenang-wenang ikut unilateral, pendirian mereka.
00:56Kita terikat dengan WTO, dengan pertumbuhan masa-masa bersatu. Ini apa yang disebut multilateral. Kita gabung dengan banyak negara.
01:05Dan tetapi kita terpaksa terima kenyataan dan tangani dengan bijaksana.
01:12Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025,
01:18Peringkat Negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis pada Ahad.
01:23Katanya apa-apa perubahan dalam tarif timbal balik yang dikenakan Amerika Syarikat boleh menjejaskan sektor semikondukter tempatan,
01:30perikutan Malaysia, antara pengeluar utama peralatan itu.
01:33Jelas beliau, Malaysia merupakan negara pengeluar kedua terbesar di dunia dalam sektor terbabit dengan ekspor ke Amerika Syarikat sebanyak 60%
01:41melibatkan nilai melebihi RM140 bilion.
01:45Justru, Anwar berkata langkah paling cermat dan berhati-hati perlu dilaksanakan kerajaan
01:50bagi memastikan sebarang perubahan tidak menjejaskan masa hadapan dan rakyat Malaysia.
01:56Terima kasih telah menonton!

Recommended