Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sebuah hotel di Kyoto, Jepun meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum dibenarkan mendaftar masuk.
00:10Kejadian berlaku selepas pelancong berkenaan, mengemukakan pasport Israel di kaunter pendaftaran sebelum seorang kakitangan hotel menyerahkan borang dan menyatakan tanda tangan adalah syarat wajib untuk penginapan.
00:23Pelancong yang merupakan seorang bekas paramedik tempur simpanan tentera laut Israel itu pada awalnya enggan menandatanganinya.
00:32Namun akhirnya akur selepas dimaklumkan semua tetamu dari Israel dan Rusia dikendaki berbuat demikian.
00:40Menurut kandungan pengisytiharan, tetamu perlu membuat pengakuan mereka tidak pernah melakukan jenayah perang.
00:46Ini termasuk menyerang orang awam, keganasan seksual, penyeksaan atau sebarang perbuatan yang melanggar seterum, makamah jenayah antarabangsa.
00:57Dokumen itu juga memerlukan komitmen untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
01:03Antara lain, ikra tidak terlibat dalam jenayah perang pada masa hadapan.
01:07Duta Israel ke Jepun Gilak Chohen mengutus surat protes kepada Gabno Kyoto Takatoshi Nishiwaki nyifatkan tindakan hotel itu sebagai tidak boleh diterima.
01:19Bagaimanapun pengurus hotel mempertahankan keperluan berkenaan, mempertahui langkah itu dianggap wajar.
01:25Kejadian serupa dilaporkan berlaku di sebuah lagi hotel di Kyoto pada Jun tahun lalu.