Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
Transcript
00:00Petani di Pakistan berhampiran sungai Indus menzahirkan kerisauan tentang mata pencarian mereka selepas India mengugut memutuskan bekalan air ke kawasan sekitar.
00:10Tindakan itu, susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
00:17India pada rauh menggantung pernajian perairan Indus yang berlangsung sejak 1960, pakatan itu mebekalkan 80% sumber air mengairi kawasan agrikultur di Pakistan.
00:31Untuk rekod, sungai Indus mengalir melintasi India dan Pakistan dari Tibet sebelum memasuki Laut Arab, kedua-dua negara berkongsi sumber air dari sungai ini.
00:42Sekatan itu dikatakan akan berterusan sehingga Pakistan secara terbuka menolak sokongan terhadap keganasan rentas sempadan.
00:51India juga akan berhenti berkongsi data penting seperti corak aliran air dan amaran banjir kepada Pakistan.
00:58Situasi bertambah buruk untuk komuniti petani di Pakistan apabila musim kemarau sedang melanda.
01:04Nama mereka yang rata-rata beragama Islam berserah kepada Allah untuk keajaiban berlaku seperti hujan lebat membawa air melimpah ruah.

Recommended