Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Anggota polis serta rakan mangsa antara ditahan.
- Bergaduh sebelum aksi final piala malaysia, beberapa tangkapan dibuat.
- Lebih 2,000 murid tabika dan taska perpaduan alami masalah bantut.
- Jejak Al-Haramain bongkar kisah masjid Quba.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Anggota polis serta rakan mangsa antara ditahan.
- Bergaduh sebelum aksi final piala malaysia, beberapa tangkapan dibuat.
- Lebih 2,000 murid tabika dan taska perpaduan alami masalah bantut.
- Jejak Al-Haramain bongkar kisah masjid Quba.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Memalukan bergaduh sebelum aksi final PLN. Beberapa tangkapan dibuat.
00:35Lebih 2,000 murid tabiqa dan taskah perpaduan alami masalah bantut.
00:42Hilangin cincin dari tangan Sayyidina Osman, petanda malapetaka umat Islam.
00:466 lelaki termasuk seorang anggota polis di Rehman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut disyaki ataupun dipercayai terkena tembakan di jalan Stephen Yong, Kuching semalam.
01:06Perintah Rehman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan penolongkanan pendaftar Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Magistret Kuching.
01:17Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan Rehman 4 hari dibenarkan kepada 3 suspek manakala 3 lagi di Rehman 7 hari.
01:283 daripada suspek merupakan rakan mangsa di Rehman 4 hari sehingga 30 April manakala 3 lagi suspek termasuk anggota polis di Rehman 7 hari hingga 4 Mei depan.
01:39Permohonan Rehman dikenalikan pegawai penyiasat asisten Superintenden Silvarius Gopok manakala kesemua suspek diwakili Peguam Russell Lim dan Zoe Chan daripada Yayasan Bantuan Kuaman Kebangsaan.
01:50Pada Sabtu, kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan di lokasi berbeza sekitar Kuching turut ditemui selaras pistol dan 10 botir peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan tersebut.
02:05Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
02:11Dalam insiden yang berlaku jam 5.30 pagi Sabtu, seorang lelaki yang berada di sebelah penumpang kereta jenis Pro 2 MyV maut setelah terkena dua dahs tembakan di kepala dan tangannya.
02:23Mangsa maut di tempat kejadian sebelum dibawa dua rakannya yang berada di dalam kenderaan yang sama menuju ke balai polis Batukawa untuk mendapatkan bantuan.
02:32Menteri Belia dan Sukan Hana Yu memaklumkan polis membuat beberapa tangkapan susulan insiden pergaduhan yang berlaku sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu.
02:45Namun, kesemua mereka diberikan amaran dan telah dibebaskan.
02:49Hana juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau andaian memandangkan insiden itu masih dalam siasatan.
02:55Hana menegaskan pergaduhan membabitkan kumpulan huligan adalah budaya yang tidak sihat dan hanya akan merugikan sukan bola sepak tempatan.
03:06Apa yang kita nak adalah laporan positif supaya keluarga-keluarga rasa ini adalah sukan rekreasi di mana satu keluarga boleh datang dan menikmati pertandingan tersebut bersama.
03:18Kita lihat semalam memang ada ramai kanak-kanak yang juga hadir bersama keluarga dan tren ini adalah sihat dan bagus.
03:25Kita jangan ubah.
03:27Dalam pada itu, Hana memaklumkan pihak KBS berhasrat untuk melihat klub bola sepak di semua negeri aktif dan terus dapat menjayakan Liga Malaysia.
03:36Kita nak pertandingan yang mencabar supaya peminat pun rasa ok, saya tak tahu siapa adalah pemenang jadi saya nak ikuti pelawanan tersebut.
03:45Tetapi kalau semua nak drop out ok dan hanya satu dua klub saja yang masih aktif membangunkan klub tersebut, memanglah susah kita nak naikkan standard pula sepak kalau semua klub tak mainkan peranan.
04:00Pada Sabtu, juara Piala Malaysia lapan kali Piala FC secara rasminya mengumumkan menarik diri dari saingan Liga Super musim depan susulan isu kewangan.
04:09Penyakit hawar berdarah yang dikesan di daerah Kuala Terengganu hingga menyebabkan kematian 25 ekor kerbau boleh menjangkiti ternakan lain di kawasan sekitar.
04:22Pengarah Jawatan Perkhidmatan Veterina Terengganu, Dr. Anun Man berkata, wabak itu boleh merebak ke daerah lain jika ianya tidak dikawal.
04:30Menurut Dr. Anun, pihaknya kini sedang giat melaksanakan proses vaksinasi membabitkan ternakan lembu dan kerbau khususnya dalam jarak radius 5km dari lokasi wabak yang mula dikesan pada 7 April lalu.
04:48Jelas beliau lagi pihaknya bimbang insiden ini akan menjejaskan kelancaran ibadah korban pada hari Raya Adil Adha akan datang, apatah lagi dengan kemasukan ternakan secara tidak sah.
04:58Kes sebegini ini, kita bukan sahaja ada hawa berdarah, kita juga ada penyakit kuku dan mulut pada di daerah Kuala Terengganu juga.
05:07Ini disebabkan oleh kemasukan secara elegan di atas permohonan yang tinggi atau permintaan yang tinggi untuk tujuan korban.
05:15Sekarang untuk bekalan korban memang kebanyakan traders ataupun pengusaha-pengusaha telah bawa masuk,
05:23dia gemukkan untuk sebulan dan prepare untuk bekalan korban.
05:29So memang trendnya apabila berlaku wabak penyakit ini inilah waktu yang sangat-sangat kita risau.
05:37Susulan kes itu, JPV Terengganu telah mengeluarkan notis arahan kuarantin mengikut Seksyen 18 Akta Binatang 1953.
05:47Sepanjang tempoh dua hari, sebanyak 25% ternakan daripada keseluruhan ladang yang berada dalam jarak radius 5km telah divaksin.
05:56Pada masa sama, Dr. Anun memaklumkan JPV Terengganu telah melaksanakan 11,731 suntikan vaksin HS kepada ternakan lembu dan kerbau pada tahun lalu.
06:08Sebelum ini, media melaporkan 25 kerbau di Manir mati berperingkat sejak 7 April lalu sebelum ia disahkan sebagai wabak hawar berdarah.
06:17Kali terakhir, wabak itu berlaku dalam skala yang besar ialah pada tahun 2020.
06:22Ia melibatkan lebih 35 ternakan kerbau milik keluarga Mogli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis.
06:37Kemenangan calon Barisan Nasional BN pada pilihan raya kecil PRK Dewan Undangan Negeri Don Air Kuning membuktikan
06:43usaha utama kerajaan perpaduan berjaya menambat hati pengundi khususnya di Perak.
06:50Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Fahmi Fazl memberitahu peningkatan jumlah undi yang diperoleh calon parti kerajaan merupakan satu tanda positif yang sangat memberangsangkan.
07:01Beliau menegaskan, meskipun kemenangan ini memberikan syarat baik, usaha berterusan tetap diperlukan untuk memastikan kemenangan tersebut dapat diperkukuh dalam jangka masa panjang.
07:11Fahmi menambah, kempen sihat yang dijalankan kerajaan perpaduan menjadi antara punca utama pengundi di Air Kuning memilih mereka berbanding berbeza dengan pendekatan pihak lawan yang mengutarkan topik-topik yang tidak relevan dengan kehendak penduduk.
07:24Menurutnya, parti lawan seperti Perikatan Nasional menggunakan kaedah kempen yang tidak bertepatan dengan cita rasa dan keperluan sebenar pengundi tempatan sekaligus menjejaskan sokongan terhadap mereka.
07:33Beliau juga menyatakan kemenangan ini, bukti usaha kerajaan perpaduan dan ajinah madani perlu diteruskan di samping memberi perhatian kepada perkara-perkara yang melibatkan gabungan parti di Sabah yang telah menantikan hala tujuh kepemimpinan negara.
07:44Kemenangan di Air Kuning membuktikan bahawa usaha pertama kerajaan madani, kedua kerajaan perpaduan di Perak berjaya menambat hati dan memenangi hati para pengundi.
08:03Jumlah majoriti meningkat, malah kita lihat jumlah undi yang diterima oleh pihak lawan juga bagi Perikatan Nasional telah merudung dan daripada 20 daerah mengundi, 19 telah dimenangi oleh kerajaan perpaduan.
08:23Jadi ini satu petanda yang positif namun kita tidak harus leka. Banyak yang perlu kita usahakan untuk pastikan kemenangan ini boleh diperkukuh.
08:39Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN merekodkan sejumlah 2,427 murid tabika perpaduan mengalami masalah bantut dan bantut teruk setakat Mac tahun ini.
08:51Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Cik Roslan Cik Daud berkata, selain itu sebanyak 72 kanak-kanak tabika perpaduan, taska perpaduan tulis dikesan mengalami masalah yang sama.
09:03Tambahnya bagi mengatasi masalah ini, JPNIN mengambil beberapa inisiatif termasuk melaksanakan program kesedaran, menyediakan menu makanan sihat dan ditabika dan juga taska perpaduan dengan kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri.
09:17Serta memastikan makanan disediakan oleh guru dan pendidik mengikut kreativiti untuk menarik minat kanak-kanak.
09:24Cik Roslan berkata, masalah pembantutan merupakan satu cabaran besar kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi akademik, keboleh pasaran pekerjaan, malah turut mempengaruhi kekuatan ekonomi negara.
09:35Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pelancaran menu sihat perpaduan serentak seluruh negara tahun 2025 di pusat aktiviti perpaduan tumpat pada Ahad.
09:47Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berkenaan permohonan merayu yang dikemukakan oleh Peguam Negara berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
10:04Panel 3 Hakim iaitu Ketua Hakim Malaya Datuk Seri Hasnah Muhammad Ashim, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabar Riyah Muhammad Yusof dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hanifah Farikullah dijarakan menyampaikan keputusan pada jam 9 pagi Isnin.
10:20Panel tersebut telah mendengar hujahan daripada Peguam Negara Datuk Muhammad Dusuki Mokhtar dan Peguam Najib Tan Sri Muhammad Syafiq Abdullah pada 24 Mac lepas berkaitan permohonan kebenaran Peguam Negara.
10:34Pada 6 Januari lepas melalui keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang dikatakan membenarkannya menjalani baki hukuman penjara 6 tahun di bawah tahanan rumah ke Mahkamah Tinggi untuk didengar berdasarkan merit kes.
10:52Keputusan ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi terdahulu yang telah menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berkaitan dokumen tambahan yang didakwa tersebut.
11:03Peguam Negara selaku pemohon telah memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
11:10Pemohon perlu mendapatkan kebenaran tersebut bagi meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
11:15Najib dalam permohonan semakannya memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
11:25Bekas ahli Parlimen Pekan itu turut memohon perintah bahawa sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka hendaklah melaksanakannya dengan serta-merta termasuk memindahkannya dari penjara kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani bagi hukuman penjara di rumah.
11:43Najib kini menjalani hukuman di penjara kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sendiran Bahad.
11:56Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ATM mengucapkan selamat menyambut hari Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM ke-91 kepada seluruh warganya, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dengan angkatan itu.
12:12Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook, baginda merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
12:27Seperti sambutan yang bertemakan TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara, Sri Paduka Baginda turut menitipkan doa agar TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani di pentas antarabangsa.
12:38Baginda turut menitipkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.
12:43Sultan Ibrahim mendoakan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhadah.
12:49Sambutan hari TLDM ke-91 berlangsung di pengkalan TLDM Lumut, Perak pada Ahad.
12:54Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
13:24Sinar Awani dan berikut adalah fokus kami untuk malam ini.
13:31Lelaki maut ditembak, pistol ditemui, anggota polis serta rakan mangsa antara ditahan.
13:38Lebih 2,000 murid tabika dan taska perpaduan alami masalah bantut.
13:4625 kerbau mati akibat penyakit hawar berdarah di Terengganu, bimbang ibadah korban mungkin terjejas.
13:52Hamas sedia bebaskan semua tebusan tetapi laksanakan gencatan senjata 5 tahun.
14:056 lelaki termasuk seorang anggota polis di Rehman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercaya terkena tembakan di jalan Stephen Young, Kuching semalam.
14:15Perintah Rehman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan penolongkan dan pendaftar Hang Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Magistrat Kuching.
14:28Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan Rehman 4 hari dibenarkan kepada 3 suspek manakala 3 lagi di Rehman 7 hari.
14:403 daripada suspek merupakan rakan mangsa di Rehman 4 hari sehingga 30 April manakala 3 lagi suspek termasuk anggota polis di Rehman 7 hari hingga 4 Mei depan.
14:50Permohonan Rehman dikenalikan pegawai penyiasat asisten Superintenden Silvarius Gopok manakala kesemua suspek diwakili Peguam Russell Lim dan Zoe Chan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
15:02Pada Sabtu kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan di lokasi berbeza sekitar Kuching turut ditemui selaras pistol dan 10 botir peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan tersebut.
15:16Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
15:23Dalam insiden yang berlaku jam 5.30 pagi Sabtu, seorang lelaki yang berada di sebelah penumpang kereta jenis Pro 2 MyV maut setelah terkena dua dah setembakan di kepala dan tangannya.
15:34Mangsa maut di tempat kejadian sebelum dibawa dua rakannya yang berada di dalam kenderaan yang sama menuju ke balai polis Batukawa untuk mendapatkan bantuan.
15:43Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN merekodkan sejumlah 2,427 murid tabika perpaduan mengalami masalah bantut dan bantut teruk setakat Mac tahun ini.
15:59Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Cik Roslan Cik Daud berkata, selain itu sebanyak 72 kanak-kanak taska perpaduan turut dikesan mengalami masalah yang sama.
16:10Tambahnya, bagi mengatasi masalah ini, Jabatan mengambil beberapa inisiatif termaksud melaksanakan program kesedaran, menyediakan menu makanan berhasiat di tabika dan taska perpaduan dengan kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri,
16:25serta memastikan makanan yang disediakan oleh guru dan pendidik mengikut kreativiti bagi menarik minat kanak-kanak.
16:32Cik Roslan berkata, masalah pembantutan merupakan satu cabaran besar kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi akademik, keboleh pasaran pekerjaan, malah turut mempengaruhi kekuatan ekonomi negara.
16:44Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pelancaran menu sihat perpaduan serentak seluruh negara tahun 2025 di pusat aktiviti perpaduan tumpat pada ahad.
16:54Kementerian Belia dan Sukan komited untuk membantu golongan belia yang berdepan dengan masalah ketagihan khususnya akibat penggunaan vape dan penyalahgunaan dadah.
17:07Menterinya Hana Yeo berkata, menerusi sesi libat urus bersama Kementerian Kesihatan dan Perbincangan dengan pakar di Pusat Perubatan Universiti Melayu dan Hospital Kuala Lumpur mendapati,
17:18penggunaan produk rokok elektronik bukan sahaja membawa masalah ketagihan tetapi juga masalah mental.
17:24Tegas Hana, meskipun KBS sudah mempunyai bidang kuasa penguatkuasaan,
17:31namun Kementerian ingin bersama golongan muda untuk mendapatkan rawatan untuk kesihatan fizikal dan mental mereka.
17:39Penggunaan vape merisaukan kerana mereka tidak tahu konten dalam e-liquid tersebut dan boleh merosakkan minda belia kita.
17:50Dan bila ketagihan berlaku dan bila mereka ada withdrawal symptom dan semua kes salah guna ini,
17:57kesihatan mental, penyakit kesihatan mental juga akan wujud dalam kalangan mereka.
18:02Oleh sebab itu, kita nak tukar hal tuju cara KBS.
18:06Kita bukan agensi penguatkuasa. Agensi penguatkuasa adalah Kementerian Dalam Negeri.
18:13Tapi untuk Kementerian yang memperjuangkan kesejahteraan belia, kita nak wujudkan platform di mana mereka tahu mana nak dapatkan bantuan, mana nak cari rawatan.
18:22Selain itu, program rakan muda juga digalak untuk melaksanakan program-program dalam talian bagi menarik golongan belia ke arah menjalani gaya hidup sihat.
18:31Saya galakkan mereka supaya jangan buat program fizikal sahaja kerana kes ketagihan ini belia tidak mungkin akan keluar.
18:40Kerana mungkin mereka rasa malu tetapi nak cari bantuan, nak cari rawatan.
18:44So kita kena perbagaikan kelas-kelas online di mana kita boleh cari mereka, mereka main gadget, mereka ketagihan dan mereka tahu mana nak dapatkan rawatan.
18:53Belia berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Rakan Muda 2025 di Ibu Negara pada Ahad.
19:03Hasil padi di Kelantan menunjukkan peningkatan ketara hingga 7.2 ton per hektare berbanding unjuran konvensional sekitar 4 ton sehektare.
19:16Pengurusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, KADA, Khalid Abdul Samad berkata, cuaca kemarau yang tidak seburuk yang dijangkakan telah membolehkan hasil tua yang ditingkatkan.
19:27Alhamdulillah kemarau tahun ini tidak seperti mana yang dijangkalah.
19:40Kita tidak ada keadaan kemarau yang seperti mana pada tahun lepas dan dalam bulan-bulan yang dikatakan sepatutnya kemarau sekalipun, hujan.
19:52Dan ada juga yang banjir. Maka Alhamdulillah lah hasil daripada itu maka kita tidak menghadapi masalah bekalan air dan sekarang ini kebanyakan daripada kawasan di bawah KADA itu sedang menuai.
20:09proses penuaian dan hasil daripada penanaman tahun ini juga didapati sangat baik.
20:17Di mana ada semalam kita pergi ke Pasir Putih ada oh sorry maaf Pasir Mas kita diberitahu bahawa di satu apa ini kawasan
20:29Bendang Julu. Dia Julu. Dia Julu. Dia hasil adalah melebihi 6 tan 1 eka.
20:40Menurutnya, pesawah menggunakan teknologi seperti drone dan amalan pertanian modern untuk meningkatkan hasil yang menyumbang kepada kebanyakan kawasan di bawah seliaan KADA kini
20:50sedang menuai dan hasilnya jauh lebih baik daripada tahun lepas.
20:55Beliau berkata sasaran awal KADA bagi pengeluaran padi ialah 215 ribu tan untuk musim ini namun angka sebenar dijangka melebihi jangkaan berdasarkan prestasi semasa di lapangan.
21:08Dalam pada itu Khalid berkata KADA mempertimbangkan usaha untuk memperkenalkan jenama sendiri bagi beras keluaran Kelantan.
21:14Beliau berkata bagaimanapun, langkah itu memerlukan perbincangan dengan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM
21:21memandangkan KADA ketika ini tidak mempunyai kilang pemprosesan sendiri di negeri itu.
21:27Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis libat urus dan ramah mesra bersama warga KPKM negeri Kelantan pada Ahad.
21:35Penyakit hawar berdarah atau yang dikesan di daerah Kuala Terengganu hingga menyebabkan kematian 25 ekor kerbau boleh menjangkiti ternakan lain di kawasan sekitar.
21:50Pengarah Jawatan Perkhidmatan Veterina Terengganu, Dr. Anun Man berkata, wabak itu boleh merebak ke daerah lain jika ia tidak dikawal.
21:57Menurut Dr. Anun, pihaknya kini sedang giat melaksanakan proses vaksinasi membabitkan ternakan lembu dan kerbau khususnya dalam jarak radius 5km dari lokasi wabak yang mula dikesan pada 7 April lalu.
22:15Jelas beliau lagi pihaknya bimbang insiden ini akan menjejaskan kelancaran ibadah korban pada hari Raya Adil Adha akan datang, apatah lagi dengan kemasukan ternakan secara tidak sah.
22:26Kes sebegini ini kita bukan sahaja ada hawa berdarah, kita juga ada penyakit kuku dan mulut pada di daerah Kuala Terengganu juga.
22:34Ini disebabkan oleh kemasukan secara elegan di atas permohonan yang tinggi atau permintaan yang tinggi untuk tujuan korban.
22:42Sekarang untuk bekalan korban memang kebanyakan traders ataupun pengusaha-pengusaha telah bawa masuk, digemukkan untuk sebulan dan prepare untuk bekalan korban.
22:57So memang trendnya apabila berlaku wabak penyakit ini inilah waktu yang sangat-sangat kita risau.
23:05Susulan kes itu, JPV Terengganu telah mengeluarkan notis arahan kuarantin mengikut Seksyen 18 Akta Binatang 1953.
23:15Sepanjang tempoh dua hari, sebanyak 25% ternakan daripada keseluruhan ladang yang berada dalam jarak radius 5km telah divaksin.
23:23Pada masa sama, Dr. Anun memaklumkan JPV Terengganu telah melaksanakan 11,731 suntikan vaksin HS kepada ternakan lembu dan kerbau pada tahun lalu.
23:35Sebelum ini, media melaporkan 25 kerbau di Manir mati berperingkat sejak 7 April lalu sebelum ia disahkan sebagai wabak hawar berdarah.
23:45Kali terakhir, wabak itu berlaku dalam skala yang besar ialah pada tahun 2020.
23:49Ia melibatkan lebih 35 ternakan kerbau milik keluarga Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis.
24:19Beberapa mangsa terkorban dan cedera selepas kenderaan utiliti sukan SUV merempuh pengunjung yang menghadiri festival Lapu-Lapu di Bandar Vancouver, Canada pada Sabtu.
24:32Pihak polis Vancouver memaklumkan pemandu terlibat berjaya ditahan.
24:36Insiden berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan berhampiran East 41st Avenue dan Fraser Street ketika komuniti warga Filipina berkumpul meraihkan festival tersebut.
24:50Ia merupakan perayaan memperingati pemimpin Filipina yang menentang penjajah pada abad ke-16 ketika kejadian dianggarkan terdapat ribuan pengunjung di kawasan sekitar.
25:00Beberapa saksi mendakwa melihat sebuah kenderaan berwarna hitam dipandu secara berbahaya di sekitar kawasan festival sebelum merempuh orang ramai.
25:10Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Mark Carney berkata seluruh negara berkabung atas tragedi yang menayat hati itu.
25:17Propelan pepejal iaitu bahan api untuk stok peluru berpandu balastik Iran dipercayai punca letupan besar di Pelabuhan Syahid Raja'i di Bandar Abbas pada Sabtu.
25:34Firma keselamatan swasta Embry memaklumkan kebakaran tercetus akibat kesilapan pengendalian penghantaran bahan api.
25:41Jelas Embry, pelabuhan itu menerima penghantaran bahan kimia tersebut pada Mac lalu.
25:50Bahan api itu sebahagian daripada ammonium paklorate yang dihantar dari China menerusi dua kapal ke Iran.
25:57Difahamkan kemasukan propelan pepejal ke Iran bertujuan menambah penghasilan stok peluru berpandu.
26:02Iran kekurangan bekalan peluru berpandu selepas kebanyakan yang digunakan dalam serangan terus ke atas Israel ketika perang di semenanjung Gaza.
26:11Kerajaan Iran bagaimanapun tidak mengaku menerima penghantaran bahan api berkenaan.
26:16Selain itu, letupan terbabit tidak dikaitkan dengan sebarang bentuk serangan.
26:20Namun, Menteri Luar Iran, Abbas Arakshi menegaskan anggota keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan rekod cubaan sabotaj dan pembunuhan yang pernah berlaku sebelum ini.
26:32Setakat ini, insiden terbabit mengorbankan 18 mangsa manakala lebih 800 cederah.
26:37Delegasi Hamas yang diketuai pemimpin kanan Khalil Al-Hayah bersetuju membebaskan semua tebusan.
26:48Menurut Sumber Keselamatan Mesir, persetujuan itu dicapai di Kahirah pada Sabtu adalah sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama lima tahun.
27:00Sumber itu menyifatkan rundingan tersebut sebagai sangat penting bagi memajukan usaha menamatkan perang di Gaza.
27:05Kata Sumber itu lagi, delegasi Hamas menerima cadangan gencatan senjata selama lima tahun selepas mengkaji pelbagai tawaran.
27:13Menurut laporan Reuters, setakat ini Israel tidak secara rasmi menjawab sebarang cadangan.
27:18Bagaimanapun, rejim itu telah memberi lampu hijau untuk rundingan diteruskan mengenai pembebasan tebusan.
27:23Pada Sabtu, Times of Israel memetik pasukan pertahanan Israel sebagai berkata,
27:27jika rundingan antara Israel dan Hamas menerima jalan buntu, tentera Israel bersedia meluaskan serangan terhadap Hamas di semenanjung Gaza.
27:35Sejarah itu bukan fakta yang berlalu tanpa dijadikan pengajaran.
28:04Apatah lagi sejarah berkaitan dengan Rasulullah SAW.
28:09Dalam episod Jejak Al-Haramain hari ini membongkar kisah Masjid Kuba.
28:15Masjid yang dibina atas paksi taqwa dan kisah cincin milik Rasulullah yang jatuh di sebuah perigi yang dinamakan Biru Hatam
28:23atau haris atau telaga cincin di kawasan Masjid Kuba.
28:28Berdasarkan kata-kata ulama, itulah petanda berlakunya fitnah besar atau malapetaka ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman sehinggalah ke hari ini.
28:37Ikuti laporan Zaiful Arifin dan Aziz Al-Azwar dari Madinah Al-Munawarah.
28:44Hari ini Jejak Al-Haramain yang mengikuti rombongan media bersama Tabung Haji ada dua misi utama.
28:52Pertama, ziarah ke Masjid Kuba dan Bukit Uhud.
28:55Baik, Assalamualaikum.
28:58Hari ini kita akan sama-sama melakukan ziarah luar dengan petugas-petugas media.
29:03Antaranya kita nak ke Masjid Kuba, kita nak ke Bukit Uhud, Masjid 7.
29:07Jadi sama-sama kita melusuri sirah Nabi dalam ziarah kita pada hari ini. Jom!
29:19Perjalanan ke Masjid Kuba kira-kira 10 minit.
29:25Alhamdulillah kita dah sampai di Masjid Kuba, Masjid Kuba, lokasi pertama untuk ziarah kita pada hari ini.
29:37Dan Masjid Kuba ini sebenarnya adalah satu, merakamkan satu peristiwa yang sangat penting
29:44sewaktu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
29:51Di Masjid Kuba inilah dikisahkan bahawa Rasulullah SAW berhenti sebelum memasuki bumi Madinah
30:00dan mendirikan masjid yang pertama.
30:04Masjid yang pertama dan Rasulullah duduk di sini untuk tempuh beberapa hari sebelum memasuki Madinah.
30:11jadi antara fadilat yang dikatakan, seperti mana yang dinyatakan oleh Ustaz Kamaruddin
30:19bahawa sesiapa yang ingin berhijrah atau yang ingin menziarahi Masjid Kuba ini
30:25maka dia perlu menyucikan diri terlebih dahulu, membersihkan diri pakaian yang bersih,
30:30mengambil wudhu dan melakukan solat sunat di dalam Masjid Kuba ini
30:37maka pahalanya adalah seperti melakukan umrah.
30:42Sebelum memasuki Masjid Kuba adalah tidak lengkap
30:46mengkisahkan tentang telaga bihiru hatam atau telaga cincin.
30:51Dan tempat ini asalnya, kawasan ini adalah kawasan tempat penjemuran korma.
30:58Korma dikeringkan di sini tempatnya
31:00dan sebelum Nabi kebiasaannya solat di masjid ini
31:05Nabi akan sampai dulu di bihiru hatam.
31:09Bagaimana ceritanya boleh berlaku?
31:11Dia sebenarnya kawasan ini agak luas.
31:13Dia pergi, Nabi duduk berjuntai.
31:16Nabi kira rilek-rilek, santai-santai, juntai kaki.
31:21Yang pertama, sahabat Nabi Abu Bakar pernah masuk.
31:24Maka duduk sebelah Nabi.
31:26Kemudian yang kedua, Sayyidina Omar datang
31:29duduk belah kiri.
31:31Kemudian yang ketiga, Sayyidina Osman.
31:33Masa Sayyidina Osman datang itu
31:35Nabi macam lambat untuk mempelawak
31:39silakan sahabatku ke kanan, silakan sahabatku ke kiri.
31:43Maksudnya macam ada sesuatu yang dah Nabi tahu.
31:47Tapi Nabi tidak menzahirkan nilisan.
31:49Nabi melihat sahabatnya Nabi macam kaget.
31:53Kemudian sahabatnya masuk.
31:56Kemudian zaman berzaman, zaman berzaman
31:59bila Nabi wafat, cincin yang Nabi pakai
32:02ada keperbuatan riwayat yang menesahih
32:04Wallahu'alam.
32:05Jadi nak ceritanya bila jatuh ke bawah
32:08maka Sayyidina Osman mengarahkan
32:10para sahabatnya untuk mencari.
32:14Dan salah satu riwayat menyebut
32:15sampai tiga hari
32:16ada riwayat menyebut sampai dikeringkan.
32:20Tapi tak dijumpai.
32:22Ya, maka selepas daripada peristiwa itu
32:24Sayyidina Osman mati terbunuh.
32:27Ya, syahid.
32:28Jadi nak menceritakan
32:29bila dah cincin yang terjatuh
32:31ada sesuatu yang akan berlaku.
32:34Sesuatu yang tidak
32:35baik akan berlaku di masa hadapan.
32:38Dan apa kelebihan Masjid Qubat?
32:41Masjid yang dibina
32:43atas dasar taqwa.
32:44Hadis itu Nabi menjelaskan
32:47barat siapa yang membersihkan dirinya
32:49beruduk di tempat kediamannya
32:51kemudian mendatangi
32:53Masjid Qubat
32:54lalu solat di dalamnya.
32:56Sama ada solat Taitul Masjid
32:57solat sunat
32:58ya solat duha dan seumpamanya
33:00ala kulihal
33:01uduknya
33:02berada di tempat ia menginap
33:05kemudian datang ke sini
33:06dia mengerjakan solat di dalamnya
33:09maka kelebihannya
33:11kerana keajir umrah
33:13seolah Allah mengerjakan
33:14ibadah umrah.
33:16Sebab itu
33:16para jemaah
33:17Duyupur Rahman
33:18kita sebagai
33:20petugas tabung haji
33:21dan daripada pihak
33:23lembaga tabung haji
33:24akan mengarahkan
33:25ya 31,600
33:28termasuk
33:29yang PGH
33:30juga diarahkan
33:32dan sangat rugi
33:33kalau kita tidak berkesempatan
33:35ala-alang kita berada
33:37di bumi Madinah
33:38berada di kawasan tanah haram
33:40Masjid Nabawi
33:41maka kita akan langsung
33:42ke sini.
33:44Kami sempat melakukan
33:45solat tahiyatul masjid
33:47suasananya tenang
33:48pengunjung dari seluruh dunia
33:50melakukan ibadah
33:51dan mengambil keberkatan.
33:54Alhamdulillah
33:54selesai sudah
33:55kita menziarahi
33:57Masjid Kubak
33:58selesai juga
34:00menunaikan
34:00solat sunat
34:01dan semoga Allah
34:02menerima
34:04ibadah yang kita lakukan
34:05dan mendapat
34:06pahala seperti mana
34:07yang dinyatakan
34:09yang ini
34:09pahala umrah
34:10dan insyaAllah
34:11selepas ini
34:11kita akan menziarahi lagi
34:13beberapa masjid penting lain
34:14dan juga
34:15Bukit Uhud.
34:18Selepas
34:19Biru Hatam
34:19dan Masjid Kubak
34:20saya mendaki
34:21Bukit Uhud
34:23dan menyaksikan
34:23kesan peperangan
34:24yang berlaku
34:25pada 625 Masihi
34:27atau sekitar
34:28tahun ketiga Hijriah.
34:3070 umat Islam
34:31gugur
34:31dan antara yang syahid
34:33seperti Saidina Hamzah
34:34Abdul Muttalib
34:35atau bapa saudara Nabi
34:36dan semuanya
34:37dimakamkan
34:38di Jabal Uhud.
34:40Zaiful Arifin
34:40dari Madinah
34:41Al-Munawarah
34:42Terima kasih
34:47Zaifulan Azizul
34:48dengan itu
34:48sekian sahaja
34:49Awani 745
34:50dan Sinar Awani
34:51untuk malam ini
34:51teruskan bersama kami
34:53di astroawani.com
34:53Assalamualaikum
34:54Salam Sejahtera
34:55Terima kasih kerana menonton!