Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad berkata hasil tuaian padi di Kelantan meningkat ketara antara lain disumbangkan oleh penggunaan teknologi moden dan cuaca yang baik.
Transcript
00:00Hasil padi di Kelantan menunjukkan peningkatan ketara hingga 7.2 ton per hektare berbanding unjuran konvensional sekitar 4 ton sehektare.
00:11Pengurusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, KADA, Khalid Abdul Samad berkata, cuaca kemarau yang tidak seburuk yang dijangkakan telah membolehkan hasil tuayan ditingkatkan.
00:21Alhamdulillah, kemarau tahun ini tidak seperti mana yang dijangkakan.
00:34Kita tidak ada keadaan kemarau yang seperti mana pada tahun lepas dan dalam bulan-bulan yang dikatakan sepatutnya kemarau sekalipun, hujan.
00:46Dan ada juga yang banyak. Maka Alhamdulillah lah hasil daripada itu maka kita tidak menghadapi masalah bekalan air dan sekarang ini kebanyakan daripada kawasan di bawah KADA itu sedang menuai, proses penuaian dan hasil daripada penanaman tahun ini juga didapati sangat baik.
01:11Di mana ada semalam kita pergi ke Pasir Putih, ada Pasir Mas, kita diberitahu bahawa di satu kawasan, Bendang Julu, dia hasil adalah melebihi 6 ton satu hektare.
01:33Menurutnya, pesawah menggunakan teknologi seperti drone dan amalan bertanya modern untuk meningkatkan hasil yang menyumbang kepada kebanyakan kawasan di bawah seliaan KADA kini sedang menuai dan hasilnya jauh lebih baik daripada tahun lepas.
01:48Beliau berkata sasaran awal KADA bagi pengeluaran padi ialah 215 ribu tan untuk musim ini namun angka sebenar dijangka melebihi jangkaan berdasarkan prestasi semasa di lapangan.
02:02Dalam pada itu, Khalid berkata KADA mempertimbangkan usaha untuk memperkenalkan jenama sendiri bagi beras keluaran Kelantan.
02:08Beliau berkata bagaimanapun, langkah itu memerlukan perbincangan dengan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM memandangkan KADA ketika ini tidak mempunyai kilang pemprosesan sendiri di negeri itu.
02:21Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis libat urus dan ramah mesra bersama warga KPKM negeri Kelantan pada Ahad.

Recommended