Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa projek pembinaan Sekolah Sukan Negeri Perlis yang tergendala sejak lebih 10 tahun yang lalu akan dimulakan pada tahun ini.
anwar ibrahim, sekolah, perlis
Transcript
00:00Projek pembinaan Sekolah Sukan Negeri Perlis yang tergendala sejak lebih 10 tahun yang lalu akan dimulakan pada tahun ini.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah segera itu adalah komitmen daripada Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Berkenaan tanpa mengira latar belakang pentadbiran ataupun pegangan politik.
00:19Kita batalkan semua langkah yang sekarang, kita lantik syarikat yang di bawah syarikat kerajaan Khazanah atau PNB yang punya kewibawaan dan bagi arahan untuk menyegerakan tahun ini juga memulakan satu projek,
00:42memulakan pelaksanaan projek ini dengan kadar segera dengan perutukan apa yang perlu untuk menyiapkan Sekolah Sukan di Negeri Perlis.
00:56Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Aidilfitri Madani 2025 peringkat Negeri Perlis di dataran Lok 9 Kuala Perlis pada Ahad.
01:03Selain itu, Anwar juga memaklumkan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Perlis ditingkatkan kepada RM210.6 juta pada 2024
01:13berbanding RM182.3 juta pada 2023 dan RM168.4 juta pada 2022.
01:23Katanya peruntukan pembangunan negeri terbabit juga meningkat kepada RM645.58 juta pada 2024
01:31berbanding RM596.82 juta pada 2023 dan RM391.91 juta pada 2022.
01:41Anwar berkata kerajaan turut meningkatkan jumlah penerima manfaat sumbangan asas rahmah di Perlis
01:47kepada 62,292 individu setakat April tahun ini berbanding 25,682 penerima tahun lalu.
01:56Langkah ini bagi menampung cabaran yang dihadapi rakyat melibatkan kos arah hidup.

Recommended