Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sistem kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
Transcript
00:00Sistem kecerdasan buatan AI perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
00:10Pendahari Persatuan Internet Kebendaan IoT Malaysia, Padman Adan Muniandi menjelaskan, kod keselamatan itu adalah satu kod yang dipasang terus dalam sistem AI untuk membolehkan penapisan otomatik terhadap kandungan yang berunsur salah laku.
00:25Menurutnya tanggungjawab itu perlu dipikul pembangun AI dari awal lagi supaya tidak bergantung kepada kawalan luaran.
00:35Meskipun sukar mengawal teknologi antarabangsa, namun kata beliau, Malaysia masih boleh memperkenalkan peraturan dalaman dan bekerjasama dengan negara ASEAN untuk mendesak standar keselamatan minimum bagi pembangunan AI.
00:51Beliau turut mencadangkan kerajaan melalui pejabat AI negara menggunakan pendekatan firewall untuk menapis aplikasi berasaskan AI yang tidak mempunyai ciri keselamatan yang kukuh.
01:04Justru beliau berpendapat semua pihak termasuk kerajaan, pembangun teknologi dan pengguna agar sama-sama bertanggungjawab dalam memastikan AI digunakan secara beretika.
01:15Ini kerana katanya, AI sepatutnya menjadi alat untuk membina dan mudahkan kehidupan, bukannya merosakkan reputasi atau memberi ancaman keselamatan kepada mana-mana individu.
01:28Baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan 4 dihadapkan ke Mahkamah Magistrik Kulai Johor atas pertuduhan memiliki bahan lucah dan menyunting gambar remaja berusia 17 tahun menggunakan AI.
01:41selamat menikmati

Recommended