Pihak polis Vancouver memberitahu pemandu berkenaan sudah berjaya ditahan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Beberapa mangsa terkorban dan cedera selepas kenderaan utiliti sukan SUV merempuh pengunjung yang menghadiri festival Lapu-Lapu di Bandar Vancouver, Canada pada Sabtu.
00:11Pihak polis Vancouver memaklumkan pemandu terlibat berjaya ditahan.
00:15Insiden berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan berhampiran East 41st Avenue dan Fraser Street ketika komuniti warga Filipina berkumpul meraihkan festival tersebut.
00:28Ia merupakan perayaan memperingati pemimpin Filipina yang menentang penjajah pada abad ke-16 ketika kejadian dianggarkan terdapat ribuan pengunjung di kawasan sekitar.
00:39Beberapa saksi mendakwa melihat sebuah kenderaan berwarna hitam dipandu secara berbahaya di sekitar kawasan festival sebelum merempuh orang ramai.
00:48Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Mark Carney berkata seluruh negara berkabung atas tragedi yang menayat hati itu.
00:58Terima kasih telah menonton!