Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kapasiti Loji Rawatan Air Salim di Sibu ditingkatkan kepada 300 juta liter sehari bagi menangani permintaan air yang semakin meningkat di bandar itu dan kawasan sekitarnya.
Transcript
00:00Kapasiti loji rawatan air Salim di Sibu ditingkatkan kepada 300 juta liter sehari bagi menangani permintaan air yang semakin meningkat di bandar itu dan kawasan sekitarnya.
00:12Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek naik taraf loji itu yang bermula Mei lalu, kini mengatasi jadual dengan kemajuan 17.5% berbanding jadual asal 11%.
00:26Kerja-kerja naik taraf loji rawatan Sibu yang mempunyai kapasiti 150 MLD kepada 300 MLD, maknanya kapasitinya digadakan kepada 300 MLD dan ini bermakna bahawa projek ini adalah ahead of schedule 6.5%.
00:52Jadi saya berharap ianya akan dapat disiapkan seperti yang disasarkan.
00:58Projek naik taraf ini dijangka meningkatkan margin simpanan bekalan air di Sibu sehingga 30% sekaligus memberikan manfaat kepada lebih 350,000 penduduk.
01:08Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak dengan peruntukan RM300 juta ini merupakan sebahagian daripada pelan induk bekalan air dan sistem grid air yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri.
01:19This is part of the water master plan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak pada hari ini and as well as part of our grid system yang kita laksanakan pada hari ini.
01:32Maknanya apabila siap kelak, keseluruhan grid system ini akan disambung dan dikonek kepada semua grid lain di seluruh Sarawak.
01:43Maknanya mana-mana tempat di Sarawak akan mendapat bekalan air, semua ada daripada loji rawatan air Sibu ataupun mana-mana loji rawatan air yang terletak di tempat-tempat lain.
01:55Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerja tapak naik taraf loji salim.

Recommended