Amerika Syarikat dan Iran dijadual mengadakan rundingan nuklear pusingan ketiga di negara Teluk, Oman pada Sabtu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Untuk waktu ini kita berada ke laporan berikutnya, Amerika Syarikat dan Iran dijadual mengadakan rundingan nuklear pusingan ketiga di Oman pada Sabtu.
00:08Menteri Luar Iran Abbas Arakshi dan Dutakhaz Amerika Syarikat Steve Witkoff akan bertemu di Ibu Negara Oman, Muscat dengan jangkaan tumpuan utama diberikan kepada isu pengayaan uranium oleh Iran.
00:23Jabatan Negara Amerika pada Khamis mengesahkan perlibatan Witkoff dalam rundingan itu.
00:28Tambah jabatan itu, rundingan teknikal yang diadakan secara selari pula akan diketuai oleh Michael Anton, pengarah perancangan dasar Jabatan Negara Amerika Syarikat.
00:38Di bawah perjanjian nuklear yang dimertai ketika pentadbiran Presiden Barack Obama pada 2015, Iran hanya dibenarkan tahap pengayaan maksimum 3.67% dan simpanan uranium sehingga 300 kg.
00:50Namun selepas Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018, semasa penggal pertamanya, Tehran turut mengabaikan komitmen tersebut.
00:59Pengayaan oleh Iran telah meningkat kepada 60% dan simpanan kini melebihi 8,000 kg.
01:05Iran menegaskan bahawa ia tidak mengejar program sejata nuklear namun enggan mengetepikan teknologi nuklear awam sepenuhnya.
01:11Tehran dikatakan bersedia untuk kembali kepada syarat teknikal perjanjian 2015 dan mengaktifkan semula kamera pengawasan agensi tenaga atom antarabangsa IAEA di kemudahan nukleirnya.