Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang wanita yang memandu secara melulu dan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar di Segamat ditahan polis pada Jumaat.
Transcript
00:00Seorang wanita yang memandu secara melulu dan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar di Segamat ditahan polis pada Jumaat.
00:12Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamri Marinsyah berkata kejadian dikesan selepas sebuah video berdurasi 18 saat tular di laman Facebook.
00:21Ia memaparkan sebuah kereta Perdua Beza berwarna biru melakukan aksi berbahaya berdekatan Jalan Hassan.
00:30Beliau berkata suspek bertindak melawan arus di hadapan Sekolah SK Bukit Hampar yang mana aksi tersebut berbahaya kepada dirinya sendiri dan pengguna jalan raya lain.
00:40Hasil siasatan bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IP di Segamat berjaya mengenalpasti pemandu wanita terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:53Tambahan Ahmad Zamri, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif.
01:00SEM akan lanjut juga mendapati suspek tidak memiliki rekod lampau.
01:04Subungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mementerhi Undang-Undang Jalan Raya demi keselamatan semua pengguna.
01:11Katanya IP di Segamat sentiasa komited dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mengabaikan Undang-Undang serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended