Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tidak mustahil tapir akan pupus seperti badak sumbu Sumatera sekiranya tiada komitmen yang jelas dalam usaha melindungi haiwan itu daripada pembangunan.
Transcript
00:00Kepupusan badak sumbu sumatera terakhir di Malaysia pada 2019 memberikan amaran kepada masyarakat untuk lebih peka dengan nasib tapir malaya.
00:10Menteri Suma Asli dan Kelisaran Alam, Nek Nazmi Nek Ahmad berkata tidak mustahil tapir juga akan pupus sekiranya tiada komitmen yang jelas dalam usaha melindungi haiwan itu daripada pembangunan.
00:19Jadi tetapi badak sumbu sekitar awal tahun 2000 telah pun pupus di Semenanjung dan kemudian pada sedekat selepasnya juga pupus di Sabah,
00:35The Last Sumatera Rhino in Malaysia iaitu Iman parti pada waktu itu.
00:42Jadi ini mungkin satu peringatan kepada kita. Tanpa usaha yang menyeluruh, tanpa komitmen yang jelas, tidak mustahil.
00:53Tapi juga kalau kita tidak jaga betul-betul akan menjadi mangsa kepada pembangunan yang tidak seimbang.
01:01Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Selangor yang memperuntukkan sebanyak 1.6 juta ringgit daripada peruntukan di bawah insentif kewangan
01:10bagi konservasi biodiversiti dan hutan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Selangor bagi tujuan konservasi tapir.
01:18Nik Nazmi berkata demikian semasa berucap ketika melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar PHKL Sungai Dusun sempena sambutan Hari Tapir Sedunia.
01:27Tapir Malaya atau nama saintifiknya Tapirus Indicus adalah salah satu spesies ikonik Malaysia yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716.
01:41Sebanyak 112 ekor tapir malaya telah terbunuh akibat kemalangan jalan raya di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Lebuh Raya dari tahun 2020 hingga 2024.
01:52ia turut disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN dan Senarai Merah Mamalia untuk Semenanjung Malaysia 2017.

Recommended