Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
JSPTKL akan menugaskan 180 pegawai dan anggota bermula seawal 10 pagi, merangkumi rondaan di sekitar stadium dan menutup serta melencongkan jalan-jalan terlibat.
Transcript
00:00Beberapa jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil mula ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sejak jam 2 petang tadi.
00:09Ia sempena aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darutakzim, JDT dan Seri Pahang FC yang bakal berlangsung malam ini.
00:19Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, JSPT-KL,
00:24Asisten Komisional Muhammad Zamzuri Muhammad Isa dalam kenyataan berkata, penutupan dan lencongan akan dilakukan secara berperingkat.
00:32Ia bagi memastikan kelancaran aliran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta penyokong yang hadir itu akan dilaksanakan hingga tamat perlawanan.
00:42Jalan terlibat ialah susur Lebuh Raya Syah Alam Kesas ke Lampu Isyarat Sukom, Lampu Isyarat Sukom ke arah Jalan Merah Cagar,
00:50Jalan Barat dari Lebuh Raya Kesas, Jalan Barat Jalan Radin, Jalan Barat Lebuh Raya Kesas,
00:57susur ke Jalan Barat dari arah Bulatan Lumba Kuda dan susur Pucung Link ke Jalan Barat.
01:03Muhammad Zamzuri menambah seramai 180 pegawai dan anggota ditugaskan seawal 10 pagi,
01:09merangkumi rondaan di sekitar stadium dan menutup serta melincongkan jalan-jalan terlibat.
01:14Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal mematuhi papan tanda dan arahan pegawai trafik di lokasi.
01:23Orang ramai turut digalakkan menggunakan pengangkutan awam ke stadium Bukit Jalil bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
01:29Mereka yang ingin mendapatkan maklumat boleh menghubungi balai polis trafik Jalan Tun H.S. Lee seperti yang tertera.

Recommended