Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berkenaan keputusan pemilihan di peringkat cabang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Naib Presiden PKR, Nik Nazmi D. Ahmad mengesahkan beliau telah menghantar surat rayuan kepada jawatan kuasa pemilihan pusat JPP. Ia berhubung keputusan yang menyatakan beliau tewas kepada pengarah film Dato' Afni Syauki selepas pemilihan parti keadilan 2025 peringkat cabang pada minggu lalu.
00:19Menurut Nik Nazmi, satu mesyuarat madalis pimpinan pusat MPP akan diadakan pada Sabtu untuk membincangkan soal keputusan pemilihan tersebut.
00:30Saya dah hantar, kita dah hantar surat kita dan kita akan tunggu jawapannya.
00:35Terima kasih.
00:35Saya kata kan gerupan kan?
00:37Terima kasih. Hari ini pun ada mesyuarat MPP jadi kita tunggu keputusannya lah.
00:42Maybe optimis?
00:42Sentiasa optimis.
00:45Pada Jumaat, pengerusi jawatan kuasa pemilihan parti JPP PKR, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, status bantahan yang diterima daripada pemilihan cabang PKR akan diumum minggu depan.
00:58Selain Nik Nazmi, beberapa pemimpin kanan parti yang berjawatan timbalan Menteri dan Ahli Parlimen turut tewas semasa pemilihan tersebut.
01:06Antaranya ialah Timbalan Menteri Beli dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, tewas di cabang Hang Tuah Jaya, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir yang tewas di cabang Johor Baru,
01:20Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang tewas di cabang Batu dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan yang tewas di cabang Wangsa Maju.

Recommended