Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memuji kejayaan perkhidmatan risikan luar membunuh pegawai tertinggi tentera Rusia sejak bermulanya pencerobohan pada 2022.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Ukraine Vladimir Zelensky memuji perkhidmatan risikan luar negaranya atas kejayaan membunuh beberapa pegawai tertinggi tentera Rusia sejak bermulanya perang.
00:10Namun beliau tidak merujuk secara khusus kepada insiden letupan kereta yang membunuh seorang pegawai kanan Rusia minggu lalu.
00:17Kremlin menuduh Ukraine bertanggungjawab dengan insiden letupan kereta pada Jumaat lalu di luar Moskow yang mengekibatkan kematian Timbalan Ketua Direktorat Operasi Utama Staf Arm Angkatan Tentera Rusia Yaroslav Moskali.
00:32Dalam kenyataan di aplikasi mesej di Telegram, Zelensky memaklumkan Ketua Pemata Risikan Luar Ukraine Oleg Ivashenko telah melaporkan mengenai kejayaan menghapuskan individu dari Barisan Kepimpinan Tertinggi Tentera Rusia sebagai sebahagian daripada usaha menegakkan keadilan.
00:48Zelensky juga memaklumkan Ketua Agensi Risikan tersebut telah membentangkan laporan tentang langkah-langkah lanjut untuk menentang rangkaian ejen Rusia di Ukraine serta aktiviti sabotaj dan beliau mengucapkan terima kasih atas usaha tersebut.
01:02Sebelum ini, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine, SBU mengesahkan bahawa mereka bertanggungjawab membunuh seorang pegawai kanan tentera Rusia yang dituduh Ukraine terlibat dalam penggunaan senjata kimia terhadap tentera Ukraine dalam serangan di Moskow pada Desember lalu.
01:17Pada hujung minggu lalu, sebuah mahkamah di Moskow memutuskan untuk menahan reman seorang warga Ukraine yang berdepan petuduhan berkaitan keganasan berhubung serangan terhadap Moskali.