Satu tinjauan pendapat baharu yang dijalankan oleh CNN bersama firma SSRS mendedahkan, 41% rakyat Amerika Syarikat menyatakan persetujuan dengan kepimpinan Donald Trump, menunjukkan kemerosotan populariti yang mendadak dalam tempoh 100 hari pentadbiran kedua Presiden Amerika Syarikat itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Beralih ke perkembangan luar negara, populariti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menunjukkan kemerusutan mendadak dalam tempoh 100 hari pentadbirannya yang kedua.
00:10Satu tinjauan pendapat baru yang dijalankan oleh CNN bersama firma SSRS mendedahkan hanya 41% rakyat Amerika menyatakan persetujuan terhadap kepimpinan Trump.
00:21Dan ini sekelegus menjadi angka terendah dalam sejarah bagi mana-mana Presiden dalam tempoh 7 dekad.
00:30Kerajaan itu mendapati sokongan terhadap Trump merosot empat mata berbanding Mac lalu dan tujuh mata lebih rendah berbanding akhir Februari di mana hanya 22% rakyat menyatakan mereka sangat bersetuju dengan pentadbiran Trump manakala 45% sangat tidak bersetuju.
00:46Trump mencatatkan penurunan ketara dalam kalangan wanita dan rakyat berketurunan Hispanik masing-masing susut tujuh mata kepada 36% dalam kalangan wanita dan 28% bagi Hispanik.
00:57Tinjauan tersebut turut menunjukkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Trump menangani pelbagai isu utama negara turut merosot.
01:05Penurunan ketara direkodkan dalam bidang ekonomi, susulan pengenalan pelan tarif baharu yang menyebabkan ketidaktentuan pasaran saham dan kebimbangan terhadap kenaikan harga barang.
01:15Manakala sokongan terhadap pengendalian isu inflasi merosot sembilan mata kepada 35% dan sokongan terhadap pelaksanaan tarif jatuh empat mata kepada 35%.
01:25Sementara itu, dalam bidang dasar luar, langkah Trump mendekati Rusia dalam perang Ukraine serta pemotongan program bantuan luar negara menerima bantahan majoriti rakyat dengan 60% tidak bersetuju.
01:37Satu-satunya bidang di mana Trump memperoleh sedikit sokongan positif ialah dalam isu bakatan identiti jantina dan transgender dengan 51% rakyat menyokong langkah beliau menghadkan definisi jantina kepada lelaki dan perempuan sahaja.
01:51Secara keseluruhan, keyakinan rakyat terhadap Trump untuk menggunakan kuasa Presiden secara bertanggungjawab 46% turun lapan mata dan memimpin negara dengan sebenar 50% turun sembilan mata jatuh ketara sejak Disember lalu.
02:06Kajian itu dijalankan antara 17 hingga 24 April melibatkan 1,678 responden dewasa dari seluruh AS dengan margin kesilapan sebanyak 2.9 mata.