Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pilihan Raya Umum Australia 2025 menyaksikan generasi milenial dan Gen Z mengatasi baby boomer sebagai kelompok pengundi terbesar, dengan isu kos sara hidup, perubahan iklim, hutang pelajar, dan kebimbangan terhadap politik kanan menjadi keutamaan. Ramai pengundi muda kecewa dengan sistem dua parti dan dijangka mempengaruhi arah politik negara itu.
Transcript
00:00Isu kos terah hidup, tindakan terhadap perubahan iklim, hutang pelajar serta kebimbangan terhadap pengaruh politik sahib kanan menjadi antara keutamaan pengundi muda dalam pilihan raya umum Australia 2025.
00:13Buat pertama kali generasi millennial dan gen Z mengatasi jumlah pengundi baby boomer sekaligus berpotensi mengubah landscape politik negara itu.
00:22Menurut data suruhan jaya pilihan raya Australia, daripada 18 juta pengundi yang bakal mengundi, 43% adalah daripada kelompok millennial dan gen Z berbanding 33% baby boomers.
00:37Namun ramai pengundi kali pertama meluahkan kekecewaan terhadap sistem dua parti utama negara itu.
00:43Rakyat dikatakan sukar menemui kelebihan sama ada pada parti buruh atau gabungan liberal.
00:48Kajian Australian Election Study 2022 turut menunjukkan tren penurunan sokongan generasi muda terhadap dua parti utama menyifatkan ia sebagai tahap sokongan terendah dalam tempoh 35 tahun.
01:01Namun ada yang bimbang sistem undian pilihan keutamaan Australia kurang dipahami generasi muda menyebabkan ramai memilih parti buruh semata-mata untuk menghalang kemenangan datan bukannya berdasarkan calon pilihan sebenar.
01:14Pilihan raya umum Australia dijadwalkan berlangsung pada 3 Mei ini.
01:18Terima kasih.
01:19Terima kasih.

Recommended