Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Prestasi perdagangan Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan peningkatan 1.2%, namun menghadapi cabaran besar seperti ketegangan perdagangan global dan permintaan sektor tertentu yang tidak menentu. Artikel ini membincangkan soalan-soalan kritikal yang perlu ditanyakan kepada pakar ekonomi untuk memahami prospek masa depan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berubah pantas.
Transcript
00:00Jadi kita mulakan dengan perkembangan dan juga perkembangan data dan di mana pada waktu ini saya akan kongsikan statistik data perdagangan ekspor dan juga import untuk setakat Mac 2025.
00:12Kalau kita boleh tunjukkan di sini, kalau di mana setakat hari ini adalah...
00:17Sebentar ya.
00:19Baik.
00:19Ini adalah data berkenaan dengan data perdagangan ekspor dan juga import di Malaysia untuk bulan Mac 2025.
00:30Untuk pengetahuan semua, ini adalah data sebelum pengenalan tarif timbal balik oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mana dikenalkan pada 2 April 2025.
00:40Dan ini adalah sebelumnya. Jom kita saksikan di mana prestasi ekspor dan juga import dan semua perubahan ini adalah berdasarkan perbandingan tahun ke tahun.
00:492025 kita bandingkan dengan tahun sebelumnya 2024.
00:53Kita mulakan di mana Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai 249.9 bilion ringgit pada Mac 2025 dengan ekspor dan import masing-masing bernilai 137.3 bilion ringgit dan 112.6 bilion ringgit.
01:08Dan ekspor bernilai 137.3 bilion ringgit pada Mac 2025 meningkat sebanyak 8.7 bilion ringgit berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
01:20Dan peningkatan ekspor dipengaruhi oleh ekspor yang lebih tinggi di 4 negeri iaitu Pulau Pinang dan diikuti dengan Selangor, Melaka dan juga Kelantan.
01:29Dan walaupun nilai ekspor menurun di negeri-negeri lain seperti Johor, kalau kita lihat di sini, di negeri Sembilan, Perlis, Pahang, Terengganu, Sarawak, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga wilayah Persekutuan Labuan.
01:45Jadi di atas ini adalah ekspor, nombor di atas ini adalah ekspor dan di bawah adalah import dan ini adalah kalau kita saksikan nilai ekspor dan juga import itu.
01:55Namun kalau kita nak tunjuk juga sebaliknya import pada bulan Mac 2025 menurun RM3.3 bilion ringgit berbanding bulan yang sama pada tahun lalu 2024.
02:04Dan penurunan import disebabkan oleh import yang lebih rendah di kebanyakan negeri selain yang disebutkan tadi seperti Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan juga wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor
02:21mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 24.5% diikuti oleh Pulau Pinang 24.4%, Johor 23.4%, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8.8% dan juga Kedah 4.9%.
02:35Dan ini adalah lima negeri yang mengasai ekspor negara dengan menyumbang 85.2% dan sudah tentu di tempat pertama Pulau Pinang kekal sebagai pengespor utama dengan sumbangan
02:46diikuti oleh Selangor, Johor, Sarawak dan juga wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
02:52Ini adalah sedikit sebanyak negeri yang prestasi dan juga statistik negeri-negeri dari segi ekspor dan import untuk bulan Mac 2025.
03:02Jadi untuk kita berbincang lanjut, kita akan bersama dengan Prof. Emeritus Dr. Rajoy Badai, Provost Malaysia University of Science and Technology, MAS.
03:09Assalamualaikum Prof. Mungkin pertama sekali kalau kita lihat data-data tadi, bagaimana prestasi dagangan Malaysia pada bulan Mac ini
03:15berlihat dalam konteks tarif yang dilaksanakan ketika ini, Prof?
03:21Terima kasih, Encik Nabila.
03:23Saya nak mula dengan berfungsi angka yang lebih luas untuk suku tahun pertama 2025.
03:32Sebenarnya prestasi perdagangan Malaysia adalah sangat cemerlang.
03:38paling cemerlang dalam tempoh lebih daripada 50 bulan sejak tahun 2020.
03:50Kalau kita tengok jumlah perdagangan untuk suku tahun pertama,
03:54715 bilion meningkat 3.6% dan ini kerana ekspor meningkat 4.4% menjadi 378 bilion dan import meningkat juga 2.8% menjadi 337 bilion.
04:16dan ini mewujudkan lebihan perdagangan melebihi 41 bilion, 20% peningkatan.
04:27Dan, ok, tentunya angka ini mungkin agak mengelirukan sebab kalau kita tengok pada bulan Mac,
04:39sudah ada tanda-tanda kelemahan sedikit di dalam perdagangan angka perdagangan.
04:50Tapi di bulan Januari dan Februari, angkanya memang sangat hebat.
04:59Malaysia menunjukkan peningkatan misalnya di dalam ekspor terus-menerus untuk 59 bulan sejak 2020.
05:16Dan ini dipacu oleh kenaikan daripada permintaan kepada barang elektrik dan elektronik
05:26dan juga maknanya oleh minyak sawit kita.
05:33Walaupun permintaan ataupun perdagangan kepada untuk minyak dan gas misalnya agak melemah
05:44tetapi penurunannya tidak begitu tertara.
05:51Ok, balik kepada bulan Mac.
05:54Pada bulan Mac, kita melihat bahawa import menurun
05:58sebenarnya kepada pengurus ekonomi, penurunan import adalah satu petanda baik
06:10kerana kalau import menurun, ini bermakna kita dapat menjimatkan pertukaran nasi,
06:17kita mungkin mengurangkan pergantungan pada import dan sebagainya.
06:22Tapi di Malaysia ini penurunan import adalah disebabkan penurunan kepada permintaan barang-barang modal.
06:34Maksudnya, laburan baru agak merusuk walaupun sebenarnya permintaan kepada
06:41barang-barang pengguna meningkat.
06:46Ok, kalau kita tengok dari segi pengeluaran, pengeluaran meningkat di
06:51empat negeri ekspornya.
06:55yang pentingnya macam Encik Nabila sebut, Pulau Pinang dan Selangor.
07:02Dan kebanyakan peningkatan ini adalah dipacu oleh sektor perkilangan,
07:10khususnya dalam aspek elektronik dan elektrikal.
07:17dan ini merupakan satu yang kita boleh kaji semula adakah dia akan terus meningkat
07:27dan kerana permintaan utama ataupun destinasi utama peningkatan ekspor ini
07:34ialah ke US, peningkatan 50% ekspor elektronik dan elektrikal ke US misalnya.
07:42Prof, kalau seperti yang Prof katakan tadi, ekspor meningkat dan juga import menurun
07:48dan terma perdagangan itu sendiri meningkat 1.2%.
07:52Jadi, dengan peningkatan peratusan ini, bagaimana ia ataupun sejauh mana
07:57yang mencerminkan kekuatan sebenar sektor ekspor kita
07:59atau adakah ia hanya cerminan sementara daripada harga komoditi global yang tinggi
08:04pada ketika ini dan jika ia sektor mana yang paling berisiko mengalami kejatuhan?
08:08Kalau kita kaji dari pergi sektor, kita lihat misalnya peningkatan ekspor
08:15ialah daripada sektor elektronik dan elektrikal dan dari segi minyak sawit.
08:23Dua sektor ini saya lihat akan terus meningkat kerana banyak negara di dunia
08:30kita tengok ada 12 negara di dunia yang sangat bergantung kepada ekspor kita
08:36dalam kedua-dua komponen ini. Tetapi mana kita juga melihat bahawa
08:42sektor perlombongan dan minyak menjadi semakin lemah.
08:50Ini kita memang jangkikan kerana harga minyak mentah dunia telah menurun
08:55dan mungkin ini akan terus menurun.
08:57Kalau kita tengok yang lain pula dari segi pertumbuhan ekonomi keseluruhan
09:06kita kaitkan dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia
09:09di suku tahun pertama dijangkikan kita akan mencapai 4.4% pertumbuhan
09:17ini mungkin kurang sedikit daripada 5% di suku tahun sebelumnya
09:23dan ini dipacu banyak oleh sektor pembangunan ataupun construction
09:30yang meningkat lebih daripada 20%.
09:34Jadi kita sebenarnya hari ini di dalam situasi di mana kita ada sumber untuk
09:43pertumbuhan dalaman yang kokoh dan di masa yang sama kita mengharapkan
09:51permintaan kepada elektronik dan elektrik dan juga minyak mentah terus meningkat.
09:56Kalau kedua-dua ini berlaku, kita sebenarnya dapat mengelak
10:01daripada kesan perang tarif di antara China dengan US ini.
10:08Prof, delegasi Malaysia dan juga MITI telah pun ke Washington untuk berunding
10:12dan menjelang sidang khas Parlimen 5 Mei ataupun Mingga Depan
10:15apa jangkaan Prof dari segi penjelasan kerajaan
10:19membincangkan kebimbangan mengenai tarif teram
10:21dan bagaimana ini harus kita lihat sebagai usaha kolektif
10:24pelbagai pihak tidak kira kerajaan maupun memakang
10:26mendepani ketidaktentuan global ini?
10:30Walaupun yang berhormat Tengku Zafrul telah melakukan beberapa perbincangan
10:39dan menyatakan banyak aspek positif tetapi kita tidak tahu butirnya
10:44jadi kita boleh menganggap bahawa secara umum kesannya akan menjadi positif
10:51tetapi saya rasa US masih belum memberikan komitmen
10:58bahawa mereka misalnya akan mengecualikan Malaysia daripada tarif ini
11:03ataupun tidak tetapi yang jelas kadar tarif untuk
11:09semiconductor elektronik dan elektrik dan juga untuk rubber glove
11:15memang dikecualikan dan ini akan menjamin bahawa sektor itu akan terus maju
11:22dan yang kita takuti ialah sebenarnya lebih kepada import barang-barang keperluan asas
11:32kerana kita Malaysia mengimport lebih 80 bilion setiap tahun
11:37dan ada sejumlah besar juga import adalah daripada US
11:42dan kalau tarif dinaikkan dan ada juga kesan sampingan daripada kadar pertukaran
11:51yang akan menjadikan kadar pertukaran USD mungkin menjadi lebih kokoh jika tarif dilaksanakan
12:00yang boleh menjejaskan harga import yang kita akan bayar
12:05jadi secara keseluruhannya kita tidak menjangkakan kesan yang negatif ke atas
12:12industri semiconductor sektor elektronik dan elektrikal dan juga sektor minyak sawit
12:22tetapi kita perlu menjangkakan kemungkinan kenaikan harga, kenaikan kos apabila kita mengimport
12:30baik itu adalah sikit perkongsian berkenaan dengan harga barang kita pada masa akan datang
12:36jadi terima kasih di ucapkan kepada Prof. Emeritus Dr. Rajoye Bardai
12:40Provost Malaysia University of Science and Technology MAS
12:43dan segala perbincangan yang kami akan rangkumkan dalam semua platform digital
12:46aswani.com

Recommended