Bursa Malaysia naik hari keempat berturut-turut, indeks komposit ditutup pada paras tertinggi harian.
Bagaimana prestasi dagangan FBM
Bagaimana prestasi dagangan FBM
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dan seterusnya berkenaan dengan perkembangan bursa di mana bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Isnin dengan peningkatan hari keempat berturut-turut yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.
00:17Dan pada 5 petang, Indeks Futsi Bursa Malaysia KLCI, FBM KLCI, meningkat 12.39 mata atau 0.82% kepada 1,521.59 daripada 1,509.20 semasa ditutup pada Jumat lepas.
00:35Dan sekarang kita saksikan pembukaan semula selasa untuk FBM KLCI atau Futsi Bursa Malaysia KLCI untuk setakat pagi ini pada jam 9.04 pagi ia berada pada paras 1,520.47 dan turun sedikit 0.07% dan 1.12 mata.
00:54Kalau kita tengok prestasinya dalam jangka masa seminggu, kita mula dari Rabu minggu lalu, kita dapat saksikan pergerakan naik turun Futsi Bursa Malaysia itu.
01:03Namun kita mulakan dengan pada Rabu, kita dapat saksikan ia berada pada paras 1,498 di bawah 1,500.
01:10Namun sedikit demi sedikit, kita dapat saksikan peningkatan itu berlaku memasuki hari Kamis.
01:16Kemudiannya Jumat mencapai paras 1,509 melepasi paras yang kita nantikan.
01:21sehinggalah hari ini, kita dapat saksikan kenaikan itu agak ketara melepasi paras 1,520.
01:27Namun untuk pagi ini, ia turun sedikit menjadi 1,519.97 untuk setakat 9.05 pagi.
01:35Itu apa yang saya dapat kongsikan berkaitan dengan prestasi ringgit dan bursa Malaysia untuk 29 April 2025.