Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang pakar ekonomi menjangkakan impak keseluruhan tarif baharu Amerika Syarikat terhadap Malaysia adalah positif, dengan sektor semikonduktor dan E&E terus berkembang. Namun, kos barangan import keperluan asas mungkin meningkat.
Transcript
00:00Baik, seterusnya Malaysia dijangka terus menikmati pertumbuhan positif dalam beberapa sektor utama walaupun berdepan tarif baru yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat.
00:09Provost Malaysia University of Science and Technology, Mas Prof. M. Retus Dr. Bajoye Badai menjelaskan bahawa sektor semikonduktor, elektrik dan elektronik dan minyak sawit kekal kukuh namun kos barangan import mungkin meningkat.
00:22Secara umum kesannya akan menjadi positif tetapi saya rasa US masih belum memberikan komitmen bahawa mereka misalnya akan mengecualikan Malaysia daripada tarif ini ataupun tidak.
00:41Tetapi yang jelas kadar tarif untuk semikonduktor, elektronik dan elektrik dan juga untuk rubber glove memang dikecualikan.
00:52Ini akan menjamin bahawa sektor itu akan terus maju.
00:56Yang kita takuti ialah sebenarnya lebih kepada import barang-barang keperluan asas kerana kita Malaysia mengimport lebih 80 bilion setiap tahun dan ada sejumlah besar juga import adalah daripada US.
01:14Menurut beliau, meskipun ekspor utama Malaysia dijangka tidak terjejas, pengguna tempatan mungkin terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan asas.
01:23Justru kerajaan dan pemain industri digesal bersedia menghadapi kemungkinan kenaikan kos import dalam usaha mengekalkan kestabilan ekonomi negara.
01:33Beliau berkata demikian dalam program niaga awal ni pada selasa.

Recommended