Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan mengenai kejadian kluster penyakit berjangkit melibatkan pelajar dan kakitangan sebuah institusi pendidikan di daerah Kuala Muda, Kedah.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengesahkan kejadian kluster penyakit berjangkit melibatkan pelajar dan kaki tangan sebuah institusi pendidikan di daerah Kolomuda, Kedah.
00:09Menurut kenyataan KKM, Jabat Kesihatan Daerah PKD Kolomuda telah mengesahkan kluster influenza light illness Ili pada 23 April lalu,
00:18memabitkan 28 kes daripada 158 pelajar yang terdedah dengan kadar serangan sebanyak 17.7%.
00:26Daripada jumlah itu, enam pelajar disahkan positif influenza A dan telah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
00:37Kesemua mereka dibenarkan pulang, manakala 22 pelajar lain yang bergejala dirawat sebagai pesakit luar.
00:44Susulan itu, tindakan kawalan dan penjagaan telah digerakkan oleh PKD dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
00:50Antara langkah yang diambil termasuk siasatan persekitaran, penilaian risiko kawasan KEM, pengesanan kes secara aktif, rawatan dan pengasingan kes bergejala,
01:00serta pemantauan kes di daerah berkenaan.
01:03Dalam perkembangan berkaitan, PKD Kolemuda turut menerima notifikasi pada 23 April mengenai seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun dari institusi sama yang mengalami gejala demam dan sakit badan,
01:16terutamanya di bahagian pinggul kanan selepas menyertai KEM jati diri selama dua hari di daerah Yan.
01:22Seorang lagi kakitangan institusi terbabit turut menunjukkan gejala demam, kelesuan, batuk dan sakit badan sejak 17 April.
01:31Kedua-dua individu tersebut kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan berada dalam keadaan stabil.
01:37Hasil ujian mendapati mereka negatif influenza dan punca jangkitan masih dalam siasatan.
01:41KKM menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin,
01:51memakai pelutup muka terutama bagi individu berisiko tinggi serta mendapatkan vaksinasi influenza setiap tahun.
01:57Terima kasih kerana menonton!

Recommended