Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sebanyak lapan serbuan ke atas kilang kayu haram di sekitar Kelantan berjaya dilaksanakan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu operasi bersepadu Op Khazanah melibatkan rampasan pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM31.2 juta.
Transcript
00:00Sebanyak 8 serbuan ke atas kilang kayu haram di sekitar Kelantan berjaya dilaksanakan Pasukan Gerakan Arm, PGA dalam satu operasi bersepadu Ob Kazanah, melibatkan rampasan pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM31.2 juta.
00:16Komanda Brigit Tenggara, PGA Datuk Nik Rus Azhan Nik Abdul Hamid berkata, operasi tersebut melibatkan serbuan serentak di 4 daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli pada Isnin.
00:31Seramai 8 pegawai dan 65 anggota daripada Cawangan Risik Brigit Tenggara, Matelian 789 serta Strike Force bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menyertai operasi yang bermula 1.30 petang itu.
00:45Menurut beliau, operasi tersebut berjaya menahan 39 individu termasuk pekerja warga asing Myanmar tanpa dokumen sah selain merampas 5,537 pelbagai jenis kayu hutan, 25 jentera berat, 93 alat pemotong kayu serta beberapa mesin pemprosesan.
01:03Rampasan terbesar melibatkan kayu hutan bernilai kira-kira RM14.98 juta diikuti peralatan memproses kayu sebanyak RM11.75 juta.
01:12Rampasan lain terbesar melibat mesin cip, jentera berat, alat penimbang dan tonggas bernilai RM4.48 juta.
01:20Nik Ros Azhan berkata antara kesalahan yang dikesan termasuk beroperasi tanpa lesen sah di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, enakmen industri berasaskan kayu 1985 dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959, palang 63.
01:37Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan pihak polis untuk tindakan lanjut.
01:43Selain itu, semakan pihak berkosentempatan PBT mendapati beberapa kilang memiliki dokumen sewaan sah, manakala ia tidak berlesen akan dirujuk untuk tindakan perundangan.

Recommended