Presiden China, Xi Jinping memulakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula 15 April 2025. Lawatan ini penting kerana Malaysia kini mempengerusikan ASEAN dan menjadi penyelaras hubungan ASEAN–China.
Ia juga berlaku ketika ketegangan ekonomi global dan tarif perdagangan menjejaskan dagangan serantau. Laporan MIDF Research turut menunjukkan pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan China sepanjang tahun.
Ia juga berlaku ketika ketegangan ekonomi global dan tarif perdagangan menjejaskan dagangan serantau. Laporan MIDF Research turut menunjukkan pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan China sepanjang tahun.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, kalau kita lihat Presiden China Xi Jinping memulakan lawatannya di Malaysia selama 3 hari bermula 15 April 2025.
00:10Sudah tentu kita melihat lawatan ini adalah sangat signifikan untuk Malaysia.
00:14Memandangkan apa yang sedang berlaku di peringkat global dengan ekonomi dunia sedang kita lihat menerima impak kesan
00:21daripada terutamanya apa yang berlaku antara China dan Amerika Syarikat dengan peperangan tarif yang sedang berlaku ketika ini.
00:29Dan sudah tentu penting untuk kita meliti antara data yang telah diterbitkan oleh MIDF Reset sendiri untuk kita meliti bagaimanakah pertumbuhan perdagangan Malaysia dengan China setakat ini
00:40mengambil kira tahun ini Malaysia mempenguruskan ASEAN dan Malaysia juga merupakan antara penyelaras hubungan bersama ASEAN dan juga China
00:49dan kita akan saksikan bagaimanakah prestasi dan perjalanan perdagangan Malaysia bercama dengan China untuk kita saksikan sejak beberapa tahun yang dulu.
00:59Pertama sekali kalau boleh saya kongsikan pertumbuhan tahunan perdagangan Malaysia dengan China dan kita juga akan saksikan antara imbangan perdagangan keseluruhan
01:06dari tahun 2018 sehingga tahun 2024 sebelum berlakunya pandemik COVID-19 dan ketika berlakunya COVID-19 dan selepas pasal pandemik.
01:16Daripada data ini untuk kita menyaksikan, tertera di sini menunjukkan info daripada defisit, pertumbuhan ekspor dan pertumbuhan impor.
01:25Dan kalau kita saksikan daripada tahun 2018 sehinggalah tahun 2024, prestasi yang paling rendah dan paling lemah kita saksikan antara Malaysia dan juga China
01:34pertumbuhan perdagangan mencecah kepada imbang defisit sebanyak RM66.7 bilion.
01:41Dan kita dapat saksikan pertumbuhan ekspor dan impor mengalami penurunan yang amat tinggi.
01:47Namun pada tahun 2024, kita lihat dapat saksikan perdagangan antara Malaysia dan China kembali meningkat semula daripada segi ekspor, pertumbuhan ekspor dan juga impor.
01:57namun imbangan dagangan kalau kita lihat defisit semakin memuncak pada RM108.8 bilion.
02:04Dan ini adalah prestasi yang dapat kita saksikan bagaimanakah pertumbuhan tahunan perdagangan Malaysia dan China sebelum pandemik sehinggalah pasal COVID-19
02:13dan kita dapat saksikan antara disebabkan naik turun adalah disebabkan pandemik COVID-19 di mana satu global mengalami iaitu kalau kita lihat krisis kesehatan juga dengan krisis ekonomi ketika itu.
02:26Dan saya akan beralih secara khusus kepada defisit perdagangan Malaysia berbanding jumlah perdagangan dengan China dari 2018 hinggalah 2024.
02:36Dan kalau boleh kita saksikan di sini jumlah perdagangan barangan antarabangsa Malaysia dengan China, kita dapat saksikan sebelum pandemik ia mengalami prestasi yang meningkat, yang berterusan.
02:49Sehinggalah yang meningkat, kita dapat saksikan antara yang paling tinggi telah dicatatkan jumlah perdagangan barangan antarabangsa adalah sebanyak RM2,637.2 bilion.
03:02Kita dapat saksikan peningkatan yang tinggi namun defisit kekal pada tahun 2024 mengalami antara yang tertinggi defisit perdagangan Malaysia berbanding jumlah perdagangan dengan China iaitu sebanyak RM188 bilion.
03:16Seterusnya, bagaimana untuk kita saksikan pecahan mengikut rakan dagang utama sebagai peratusan daripada jumlah ekspor Malaysia pada tahun 2024.
03:28Dan kalau kita nak lihat ekspor Malaysia dengan seluruh dunia ada mencatatkan sebanyak 32%.
03:34Manakala dengan ASEAN adalah komponen ataupun komposisi paling tinggi dalam aspek perdagangan Malaysia dengan ASEAN sebanyak 29% hampir mencecah 3%.
03:43Dan antara dagangan yang paling tinggi adalah dengan China masih 12.4% masuk dengan Amerika Syarikat 13.2% dan selepas itu diikuti juga dengan Kesatuan Eropah 77% dan Taiwan 5.5%.
04:00Dan kita dapat saksikan China adalah antara top 3 apabila kita bandingkan ekspor Malaysia dengan ASEAN dan juga seluruh dunia yang lain.
04:08Seterusnya, kita beralih kepada ekspor Malaysia ke China mengikut sektor.
04:12Antara barangan ekspor di Malaysia paling banyak adalah ada barangan perkhidmatan yang merekodkan sebanyak 82.7%.
04:19Ini adalah antara barangan paling banyak ekspor Malaysia ke China dan ikuti juga dengan barangan pelombongan dan juga barangan pertanian yang telah di-export ke negara China.
04:27Selepas itu, kalau kita saksikan ekspor Malaysia ke China mengikut produk antara produk paling banyak di-export ke China adalah kita lihat produk elektrik dan elektronik sebanyak 36.3% barangan ekspor telah dibawa ke China oleh Malaysia.
04:44Diikuti juga dengan lain-lain barangan sebanyak 39.0%.
04:51Tambahan untuk kita saksikan bagaimanakah pecahan mengikut rakan dagang utama sebagai peratusan daripada jumlah impor Malaysia pada 2024.
04:59Dan kita dapat saksikan import Malaysia dengan China sebanyak 21.6% hampir separuh daripada kadar ataupun peratusan pecahan berakan dagangan Malaysia dengan seluruh dunia adalah sebanyak 32.8%.
05:12Dan ASEAN juga mencatatkan jumlah rakan dagang import yang tinggi juga sebanyak 23.9%, Amerika Syarikat 9.2%, Taiwan dan juga Jepun dan ini adalah peratusan import Malaysia dengan kalau kita lihat di bahagian dunia yang lain.
05:29Dan selepas itu, import Malaysia ke China mengikut sektor antara sektor yang paling tinggi adalah sektor barangan perkilangan.
05:35Import Malaysia ke China sebanyak 95.6% itu adalah paling tinggi diikuti juga dengan barangan pelombongan dan juga barangan pertanian termasuk juga dengan barangan lain-lain.
05:45Dan import Malaysia ke China mengikut produk, antara produk yang paling banyak kita dapat saksikan di sini adalah produk elektrik dan elektronik.
05:53Mencatatkan 40.3% produk elektrik dan elektronik telah diimport oleh Malaysia ke China.
06:00Dan ini adalah kita dapat saksikan antara komponen yang paling tinggi apabila bercakap mengenai produk yang diimport oleh Malaysia ke China.
06:08Dan itu adalah antara prestasi ataupun pertubuhan perdagangan Malaysia dengan China dapat kita saksikan daripada 2018 sehinggalah tahun 2024 setakat ini.
06:17Dan Presiden China Xi Jinping telah menamatkan lawatan kerja rasminya ke Malaysia semalam.
06:22Dan lawatan penting ini menandakan keakraban hubungan dua hala yang terjalan sejak lebih 4 dekad yang lalu.
06:28Sejumlah 31 MOU ditanda tangani kedua pihak melibatkan kerjasama dalam bidang seperti kecedasan buatan AI.