Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Seorang pengawal keselamatan berusia 48 tahun ditahan polis selepas dipercayai cuba merakam video mengaibkan seorang remaja perempuan di sebuah pasar raya di Kajang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai cuba merakam gambar mengaibkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah pasaraya di Kajang.
00:10Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazrun Abdul Yusof mengesahkan kejadian itu dilaporkan pada 24 April lalu, sekitar jam 9.47 malam selepas video berkaitan insiden berkenaan tular dalam aplikasi Instagram.
00:24Menurut Nazrun, bapa remaja tersebut yang merupakan seorang pejawat awam berusia 42 tahun.
00:31Bersama anak perempuannya berada di kaunter pembayaran pasaraya sekitar jam 7.30 malam apabila suspek menghampiri dan cuba merakam gambar mengaibkan anaknya.
00:40Cubaan suspek bagaupun gagal hasil tindakan pantas seorang lelaki warga tempat lain yang berada di premis tersebut yang segera menegur suspek di lokasi kejadian.
00:49Selepas ditegur, suspek yang berusia 44 tahun menafikan perbuatannya dan bergegas beredar dari pasaraya berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil pihak berkuasa.
00:58Pertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga terbatas sekitar jam 12.15 tengah malam pada selasa dan turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
01:11Suspek direma selama satu hari bagi membantu siasat lanjut berhubung kes tersebut.
01:15Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15-A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyul Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebih 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Recommended