Felda menyerahkan pelan strategik 2025–2030 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjamin kemampanan, daya saing dan kemajuan ekonomi luar bandar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda telah menyerahkan plan strategik kumpulan dan hala tujuh 2025-2030 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:10Plan tersebut adalah bagi memperkukuh kedudukannya sebagai pemangkin ekonomi negara khususnya di kawasan luar bandar.
00:16Menurut Jabatan Komunikasi Strategik Felda, plan tersebut dirangka secara terperinci melalui enam sesi libat urus bersama pemegang taruh dengan menumpukan kepada inisiatif strategik menentasi pelbagai bidang pembangunan.
00:30Felda mendekaskan pengurusan kumpulan komited untuk melaksanakan plan ini dengan penuh dedikasi dalam usaha membentuk ekosistem yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.
00:40Dalam satu kenyataan, Felda turut memaklumkan tanggungjawab penaksanaan plan tersebut memerlukan usaha berterusan serta sokongan penuh daripada semua pihak bagi menjamin pembangunan dan kemakmuran kumpulan itu.
00:53Pada 26 Mac lalu, Perdana Menteri dilaporkan memberi tempoh sebulan kepada Felda untuk mengemukakan plan strategik baru bagi menjamin masa depan peneroka yang lebih baik.
01:02Anwar menjelaskan bahawa kerajaan menyalurkan hampir RM1 bilion setiap tahun kepada Felda dan menegaskan bahawa agensi itu memerlukan satu transformasi besar untuk terus relevan dan berdaya maju.
01:15Menurut laporan Ketua Audit Negara 2022 yang diterbitkan pada Mac tahun lalu, Felda mencatatkan kerugian sebanyak RM1 bilion pada tahun tersebut hampir dua kali ganda berbanding kerugian RM545 juta pada tahun sebelumnya.
01:28Laporan itu juga merekodkan bahawa setakat tahun 2022, Felda mempunyai hutang sebanyak RM8.66 bilion kepada institusi kewangan luar sedikit berkurangan berbanding RM88 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
01:43Laporan Ketua Audit Negara turut mengesyorkan agar Felda merangka hal tujuh yang jelas untuk memastikan kelansungan operasi tanpa terus bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan pusat.
01:58Terima kasih kerana menonton!