Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini baru mencapai antara 15 hingga 20 peratus.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru mencapai tahap antara 15 hingga 20%.
00:10Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azambaki berkata siasatan kes itu masih di peringkat awal kerana melibatkan proses pengesahan dokumen dan aset yang diisytiharkan.
00:21Kalau nak tanya saya lebih kurang baru dalam 15% ke 20% sebab dia mengisytiharkan satu hal.
00:28Yang keduanya yang penting ialah kami dari segi kita untuk memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar ataupun tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pengesahan itu adalah merupakan pengesahan yang tidak benar ataupun tidak mencukupi.
00:42Ismail Sabri disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubah wang haram dipercayai berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publiciti program keluarga Malaysia
00:51semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
00:57Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.