Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/17/2025
Malaysia dan China sepakat memperkukuh kerjasama teknologi masa depan merangkumi AI, semikonduktor, 5G dan penyelidikan sains angkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik dua hala.
Transcript
00:00Malaysia dan China bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi canggih seperti kecerdasan buatan AI, pembuatan pintar dan teknologi kuantum.
00:08Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Kabis, ia sebagai usaha memacu hubungan strategik ke arah komuniti berkongsi masa depan.
00:19Malaysia menyatakan sokongan terhadap penglibatan syarikat China dalam pembangunan infrastruktur rangkaian 5G serta usaha memperkukuh kestabilan rantaian bekalan bagi teknologi kritikal.
00:28Kedua-dua negara menyatakan hasrat untuk meneroka potensi kerjasama dalam sektor semikonduktor setakat mana yang boleh dilaksanakan bagi memastikan kestabilan jangka panjang dalam rantaian industri dan bekalan.
00:40Sebagai sebahagian daripada kerjasama serantau, Malaysia dan China akan mempelopori pelaksanaan Plan Kerjasama Inisiatif JALO dan Laluan 2024 dengan memberi tumpuan kepada ekonomi digital, ekonomi hijau, ekonomi biru serta sektor pelancongan.
00:53Kedua-dua pihak komited untuk mengembangkan kerjasama dalam ekonomi masa depan melalui perbangunan bersepadu, terselaras dan saling melengkapi yang melibatkan integrasi mendalam dalam rantaian industri, nilai, data dan sumber bakat.
01:06Bagi menarik pelaburan berkualiti, kedua-dua negara bersetuju untuk menambah baik perjanjian pelaburan dua hala serta menaik taraf inisiatif Two Countries Twin Parks bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih mesra pelabur.
01:19Sektor teknologi kekal sebagai fokus utama kerjasama strategik meliputi penubuhan makmah bersama, pemindahan teknologi serta penyelidikan dalam bidang sains angkasa dan inovasi berimpak tinggi.
01:29Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia dari 15 hingga 17 April sepeda ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik membuka lembaran baharu dalam kerjasama dua hala terutamanya dalam bidang teknologi masa depan.

Recommended