Seramai 1,225 mangsa banjir daripada 329 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, pada pagi Sabtu, meningkat berbanding 979 mangsa (268 keluarga) malam tadi.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seramai 1,225 mangsa banjir daripada 329 keluarga ditempatkan di 6 pusat pemindahan sementara PPS di Selangor setakat jam 11 pagi Sabtu.
00:10Jumlah itu meningkat berbanding 979 mangsa daripada 268 keluarga pada jam 8 malam tadi.
00:16Menurut kemas kini maklumat dalam portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, 3 PPS dibuka di Sya'alam yang menempatkan 774 mangsa membabitkan 215 keluarga.
00:272 PPS dibuka di Kelang yang menempatkan 383 mangsa banjir daripada 95 keluarga.
00:36Manakala 38 orang membabitkan 19 keluarga berlindung di sebuah PPS di Subang Jaya.
00:41Jumlah itu membabitkan 395 lelaki, 404 wanita, 189 kanak-kanak lelaki, 209 kanak-kanak perempuan, 13 bayi lelaki dan 15 bayi perempuan.
00:54Mangsa banjir berkenaan termasuk 44 warga emas lelaki, 63 warga emas wanita, 181 orang kurang upaya OKU, lelaki dan 206 OKU wanita.