Ribuan penyokong sertai perhimpunan di Belgrade menyokong Presiden Serbia, Vucic, ketika beliau berdepan tekanan besar akibat gelombang protes anti-kerajaan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ribuan penyokong kerajaan dari beberapa bandar di Serbia, Kosovo dan Bosnia tiba dengan menaiki bas bagi menyertai perimpunan sokongan terhadap Presiden Alexander Vucic yang kini berdepan tekanan akibat proses anti-rasuah berpanjangan.
00:14Perimpunan ini dilihat sebagai tindak balas Presiden terhadap protes besar-besaran pada 15 Mac lalu yang menyaksikan kehadiran lebih 100 ribu penunjuk perasaan, menjadikannya antara demonstrasi terbesar dalam secara modern Serbia.
00:26Gelombang protes bermula selepas bumbung sebuah stesen kereta api runtuh, meragut 16 nyawa dan mencetuskan tuduhan serius terhadap pentadbiran negara berhubung isu rasuah dan kecuaian pengurusan infrastruktur.
00:40Protes ini kini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, guru dan petani sekaligus menambah cabaran kepada Vucic, seorang pemimpin populis yang telah menerajui kerajaan Serbia selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden.
00:54Perimpunan ini juga berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan gerakan politik baru yang diterajui oleh Parti Progresif Serbia SNS, Pembina Vucic, yang dijangka bakal merangkumi beberapa parti lain dalam gabungan pemerintah walaupun pelancarannya masih belum diumumkan secara rasmi.
01:10Perdana Menteri Hungary Viktor Orban turut memberikan sokongan kepada Vucic menerusi ucapan video yang disiarkan semasa perimpunan dan menyatakan bahawa para pejuang Serbia boleh terus bergantung kepada sokongan penuh Hungary.