35 pegawai perubatan Angakatan Tentera Malaysia ATM kini bersedia untuk dihantar ke Myanmar pasca gempa yang melanda negara itu hujung bulan lalu untuk misi bantuan kemanusiaan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Seramai 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia ATM akan dihantar ke Myanmar untuk bantuan kemanusiaan sesulan berlakunya gempa bumi berukuran 7.9 skala rektor yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.
00:13Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata pihaknya sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu kebenaran dan isyarat hijau dari Myanmar bagi penyediaan lokasi hospital medan berkenaan.
00:25Dan yang juga akan kita lakukan ialah kita akan ambil peluang untuk dengan memberi kerjasama melatih pasukan perubatan Myanmar dalam soal-soal kapasiti building dari sudut kesihatan.
00:42So kita akan hantar dalam 35 orang pegawai perubatan yang sekarang ni sedang kita rangka bila tarikh pengantaran dan sebagainya.
00:55Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sisin minyak BH Petrol Seri Alam, Johor Bahru.
01:03Menurut Muhammad Khalid, kapasiti pesakit yang boleh dirawat di hospital medan akan ditentukan selepas mendapat kerjasama dengan negara Asia lain yang turut dijangka menyediakan kemudahan hospital medan di Myanmar.
01:15Jelasnya, beliau difahamkan Myanmar telah bersetuju melakukan kencetan senjata namun masih terdapat risiko.
01:22Oleh itu, pihaknya meminta jaminan keselamatan dari kerajaan Myanmar bagi semua pegawai perubatan ATM yang dihantar ke Myanmar.
01:30Semalam, kerajaan dilaporkan akan menghantar hospital medan dan bantuan kemanusiaan termasuk pasukan perubatan ke Myanmar,
01:37susulan gempa bumi berukuran 7.7 skala rektor yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.
01:44Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan dilaporkan berkata negara berkenaan memerlukan bantuan kerana ramai rakyat negara itu yang cedera.
01:53Kesan daripada gempa bumi kuat yang melanda, 84 hospital di Myanmar runtuh dan rosak selain mereka yang terjejas dengan bencana itu memerlukan tempat atau bilik pembedahan bergerak untuk diuruskan pakar perubatan.
02:07Terima kasih telah menonton!