Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/13/2025
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga pengerusi jawatankuasa teknikal majlis tindakan pelaksanaan MA63 berkata, meminta tafsiran mahkamah adalah pilihan terakhir untuk penyelesaian muktamad.
Transcript
00:00Sarawak Komitet mahu mencapai kesepakatan dalam segala tuntutan perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 di peringkat kepimpinan tertinggi menerusi rundingan antara kerajaan persekutuan dan negeri tanpa dibawa ke mahkamah.
00:14Timbalan Perdana Menteri Datuk Serif Adalah Yusof yang juga pengerusi jawatan kuasa teknikal majlis tindakan pelaksanaan MA63 berkata meminta tafsiran mahkamah adalah pilihan terakhir untuk penyelesaian muktamad.
00:30Dan di peringkat Sarawak dari segi dasarnya kita akan membawa itu kepada mahkamah sebabnya ada dua pilihan kalau dapat diselesaikan di peringkat kepimpinan tertinggi the final option ialah untuk membawa perkara itu ke mahkamah untuk pentafsiran bukan untuk petikaian untuk pentafsiran perlembagaan dan perundangan yang sedia ada
00:56Ia perlu dibawa ke peringkat paling atas
00:59Jelasnya lanjut masih ada 8 perbincangan berkaitan tuntutan MA63 yang mana 5 daripadanya masih menunggu keputusan kepimpinan tertinggi.
01:09Yang paling kritikal pada waktu ini katanya adalah tuntutan 1 per 3 kerusi parlimen kepada Blok Borneo. Selain itu penetapan formula bagi geran khas Sabah dan Sarawak di bawah perkara 112 Perlembagaan Persekutuan dan tuntutan 40% hasil dikutip dari Sabah.
01:26Termasuk urusan antara Petros dengan Petronas siapa yang ada kuasa pengawal dan pengurusan gas misalnya kata itu termasuk juga lah pentafsiran di peringkat persekutuan lain di peringkat negeri lain.
01:40Jadi kalau si dapat diselesaikan peringkat negeri kepimpinan tertinggi, jadi akhirnya kita kena minta pentafsiran undang-undang oleh mahkamah.
01:50Tapi kita cuba mengelakkan itu, kita cuba di peringkat persekutuan dan negeri kita bersuju supaya perkara itu berunding.
01:57Cari penyelesaian siap perundingan yang baik dan cari jalan di sisi komersial arrangement dan diharapkan perkara ini akan berjalan dengan baik lah tanpa kita perlu merujuk kepada mahkamah.
02:10Beliau berkata demikian semasa sesi bual bicara eksekutif bersama yang amat berhormat timbalan Perdana Menteri di program Jiwa Komuniti Madani di kampung Segeduk Kucing pada Ahad.
02:20Terima kasih.

Recommended