Dr Dzulkefly berkata, ia bagi membantu menyemarakkan lagi pembudayaan amalan 10,000 langkah sehari sebagai norma dalam sektor awam.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Kesihatan menyasarkan lebih 13,000 penyertaan dalam cabaran langkah sihat Putrajaya antara kementerian tahun ini yang akan berlangsung pada 13 hingga 27 Mei depan.
00:11Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata ia bagi membantu menyemarakkan lagi pembudayaan amalan 10,000 langkah sehari sebagai norma dalam sektor awam.
00:22Jelas Dr. Zulkifli, penjawat awam dikenalpasti antara yang paling berisiko untuk mendapat penyakit tidak berjangkit MCD seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.
00:34KKM telah mewujudkan dan menjalinkan satu strategik partner ataupun usaha sama, kerjasama dengan New Pulse dan Berhad untuk memperkenalkan platform digital BIPB bagi menjejak melaporkan aktiviti fizikal.
00:51Jadi saya harap dan kita sangat mengharapkan bahawa dengan kita memula dan membudayakan ini dan setiap kali kita mengadakan ini, sejurusnya rakyat dan warga khasnya Putrajaya dan seluruhnya, warga kita bahawa Kerajaan Madani ini mengambil tanggungjawab,
01:09mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan keluarga dan anak-anak, kesihatan pasangan. Itulah bermulanya keberkesanan program-program persihatan ini.
01:23Cabaran itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera PSS di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat INMS.
01:32Tambah Dr. Zekifli, PSS akan diperluaskan dalam kalangan penjawat awam di seluruh negara tidak lama lagi dalam satu inisiatif utama yang dipanggil Penjawat Awam Sihat Sejahtera.
01:43Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan sambutan World Physical Activity Day atau WPAD, peringkat kebangsaan pada ahad.
01:53Hadir sama ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Sui Dr. Zaliha Mustafa.
02:00World Physical Activity Day merupakan inisiatif global yang disambut pada 6 April setiap tahun diadakan bersempena inisiatif Car Free Day Putrajaya.
02:09Sambutan turut dimeriahkan dengan aktiviti Shawal Fun Walk yang disertai kira-kira 3,000 peserta.