Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Operasi pembersihan hari kedua di Putra Heights diteruskan membabitkan tiga sekotor utama dengan melibatkan 12 zon serta penyertaan PBT dan NGO.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Operasi pembersihan melalui Ops Mega Pasca Kebakaran Saluran Gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru Subang Jaya diteruskan hari ini melibatkan tiga sektor utama iaitu A, B dan C.
00:13Jentera pembersihan mula memasuki lokasi kejadian pada 9 pagi bagi melakukan kerja-kerja pembersihan yang membabitkan 12 zon dengan penyertaan pihak berkuasa tempatan PBT dan badan bukan kerajaan NGO.
00:30Sektor A dan B melibatkan kawasan Taman Putra Harmoni, manakala sektor C, Kampung Kuala Sungai Baru dengan setiap zon dikendalikan oleh PBT berbeza selain sokongan daripada agensi persekutuan dan NGO.
00:43Selain PBT, operasi turut dibantu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara JPSPM dan Angkatan Tentera Malaysia ATM.
00:50Antara lain, skop kerja tertumpu kepada pembersihan longkang, bahu jalan, lorong belakang dan kawasan parkir dan rumah selain membantu penduduk mengangkat barangan rosak, pemotongan pokok terbakar atau mati serta mencuci dinding rumah yang terkena percikan tanah.
01:07Ops Mega Pembersihan Selama Dua Hari Bermula Sabtu melibatkan lebih 4,000 skala rawan daripada lebih 20 agensi kerajaan, swasta dan NGO.
01:17Sebanyak 264 kenderaan dan jentera digunakan dalam operasi itu termasuk lori water jetter, lori tangki air, jentera pengorek kaut, penyapu jalan, mesin pencincang kayu dan keren pengangkat.
01:29Setakat ini, 307 kediaman telah dibenarkan untuk diduduki semula dan dijangka lebih banyak rumah dapat diduduki dalam masa terdekat selepas proses pembersihan selesai.
01:40Kebakaran saldoran gas kira-kira 8.10 pagi 1 April lepas menyebabkan api barak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah celsius dan mengambil masa hampir 8 jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Recommended