Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/13/2025
Polis akan memanggil lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui bagi membantu siasatan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub baru-baru ini.
Transcript
00:00Polis akan memanggil 5 individu termasuk Aliparlimen Raup, Chow Yu Hui, bagi membantu siasatan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raup baru-baru ini.
00:13Ketua Polis Daerah Raup, Supertener Muhammad Syahril Abdul Rahman berkata, Chow yang juga penasihat Sif Musang King Alliance atau SAMKA akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan.
00:26Memetik bernama, beliau menjelaskan tiga laporan polis oleh pegawai unit penguatkuasaan negeri Pahang UPNP, pihak polis dan badan bukan kerajaan NGO telah diterima melibatkan operasi itu dan siasatan sedang dijalankan.
00:42Sementara itu, Muhammad Syahril memaklumkan operasi penguatkuasaan di kebun durian akan diteruskan seperti biasa oleh pihak berkuasa.
00:50Sebelum ini, media melaporkan pekebun di dakwa telah bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguatkuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun.
01:05Namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden.
01:09Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menerbang kira-kira 200 pokok durian musangking dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raup pada 8 April lepas.

Recommended