Profesor Harvard menyaman pentadbiran Trump atas semakan dana persekutuan AS$9 bilion, dakwa ia langgar kebebasan akademik dan hak bersuara di kampus.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekumpulan Profesor dari Universiti Harvard bertindak memfalkan saman di Mahkamah Persekutuan Boston bagi menghalang pentadbiran Presiden Donald Trump daripada menyemak semula hampir $9 bilion Amerika dalam bentuk kontrak dan geran persekutuan yang diberikan kepada institusi tersebut.
00:17Tindakan itu diambil sebagai respons terhadap langkah keras kerajaan dalam menangani dawaan berlakunya fahaman anti-Yahudi di kampus universiti.
00:25Cawangan Fakulti Harvard bagi Persatuan Profesor Universiti Amerika AAUP bersama Badan Indok Nasional di organisasi itu mengemukakan saman tersebut pada Jumaat dengan mendakwa bahawa pentadbiran Trump secara tidak sah mencabuli kebebasan akademik dan hak kebebasan bersuara di kampus universiti.
00:44Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mewakili pihak kerajaan dalam kes ini tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
00:51Malangkala Universiti Harvard turut enggan mengulas berhubung perkembangan itu.
00:56Beberapa universiti terkemuka, termasuk Harvard, kini menghadapi ancaman pengantungan pembiayaan persekutuan berikutan protes pro-Palestine yang semakin ketara serta isu berkaitan dasar kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman DEI termasuk pendekatan terhadap pelajar transgender.
01:12Prof. Undang-Undang Harvard, Andrew Crespo, yang juga penasihat undang-undang kepada cawangan AAUP Universiti itu menyatakan,
01:20pindaan pertama perlembagaan tidak membenarkan pegawai kerajaan menggunakan kuasa jawatan mereka untuk mendiamkan pengkritik atau menyekat ucapan yang tidak sealiran dengan mereka.
01:30Terima kasih telah menonton!