Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak menangguhkan kenyataan isu PETRONAS-Petros sementara menunggu rundingan rasmi bersama kerajaan Sarawak.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau kenyataan berkaitan isu antara Petroleum Nasional Berhad Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad Petros.
00:12Tegasnya langkah ini penting demi menjaga kepentingan bersama serta mengelakkan ketegangan yang boleh menjejaskan proses rundingan.
00:20Adua menjelaskan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan mengadakan perbincangan lanjutan bagi memutamatkan urusan antara Petronas dan Petros sebaik saja Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Ton Openg kembali daripada lawatan rasmi beliau ke London United Kingdom.
00:37Perdana Menteri maklumkan beliau telah berbincang dengan Abang Johari pada hari sebelumnya mengenai urusan Petronas dan Petros berdasarkan prinsip yang telah dipersetujui sebelum ini oleh kedua-dua pihak.
00:48Beliau menjuarkan keyakinan isu ini dapat diselesaikan secara berhemah melalui perbincangan yang sehat, saling menghormati dan memberi makna kepada kerjasama Persekutuan Negeri dalam pengurusan sumber negara.
01:00Isu ini timbul apabila Petronas Syarigali anak syarikat Petronas menerima notis daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang mendakwa ia tidak mempunyai permit yang sah untuk beroperasi di negeri tersebut khususnya di Termina Minyak Mentah Miri.
01:12Petronas menyatakan bahawa anak syarikatnya diberi kuasa di bawah Undang-Undang Persekutuan untuk menjalankan aktiviti bagi pihak syarikat Induk dan mematuhi semua Undang-Undang yang berkenaan.
01:23Sarawak yang memiliki lebih 60% daripada Rizal Gas Malaysia telah lama berusaha untuk mendapatkan kawalannya lebih besar ke atas sumber semula jadinya.
01:31Ketegangan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam sektor minyak dan gas dengan pelabur asing seperti Konoko Philips menarik diri daripada projek minyak dan gas di Sarawak yang menambah tekanan kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian yang harmoni antara Petronas dan Petros.
01:47Terima kasih telah menonton!